'Tak perlu ada parti berteraskan Melayu ketuai PH'...Ini Baru Suara PAN Belum Lagi DAP...Midin Naya Nanti

Tidak perlu ada sebuah parti berteraskan Melayu untuk mengetuai Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mewujudkan keyakinan rakyat, demikian pendapat beberapa pemimpin dalam PH.

Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, sebagaimana gabungan pembangkang terdahulu, Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR), PH meletakkan perjuangan menegakkan demokrasi berlandaskan perlembagaan negara, bukan berasaskan kaum.      

"Kita tak pernah timbulkan langsung bahawa ada satu kaum yang harus menjadi teras di dalam pakatan tersebut.

"Kita sudah tidak menjadikan bangsa atau kaum sebagai teras gabungan politik. Kita melihat kesatuan semua, selagi berlandaskan perlembagaan, kita anggap itu jalan terbaik.

"Keluar dari formula lama Perikatan yang meletakkan Umno sebagai parti teras di mana yang lain perlu mengikutnya," katanya

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa adalah penting PH diketuai parti berteraskan Melayu untuk mendapatkan keyakinan rakyat.

Muhyiddin dalam satu ceramah di Padang Rengas malam tadi juga berkata, ia hanyalah pandangan peribadi beliau, namun berhasrat membawa cadangan itu untuk dibincangkan bersama komponen PH yang lain dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Anuar berkata beliau menghormati pandangan mantan timbalan perdana menteri itu sambil menambah, PH sentiasa terbuka dengan setiap pandangan yang dikemukakan untuk dibincangkan.

"Pengalaman kami begitu, dan dasar yang kami pegang itu begitu, dan kalau nak ubah dasar itu, maka kena bincang betul-betul," ujar beliau.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad pula menegaskan setiap parti komponen dalam PH adalah rakan kongsi yang mempunyai peranan yang sama rata.

"Kita mahu PH menjadi gabungan atau pakatan beberapa parti yang semua sama kuat dan sama penting...tak ada satu (parti) yang cakap dan yang lain perlu ikut. Itu model BN.

"Hujah Muhyiddin mungkin hasil daripada latar belakangnya sebagai pemimpin Umno, yang biasa dengan suasana dalam BN," ujar Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin enggan mengulas lanjut namun tidak menolak untuk perbincangan mengenainya dilakukan, sekiranya ia diutarakan.

"Kita bincang semua perkara, kalau dibawa ke dalam mesyuarat, kita akan bincang secara terbuka, tak ada masalah.

"Oleh kerana ia pandangan peribadi, jadi sehingga kini ia pandangan peribadi sajalah. Semua berhak beri pandangan, kita hormati pandangan beliau," kata Shamsul.

PPBM pada minggu lalu secara rasmi menjadi anggota keempat dalam gabungan PH.

Ia diputuskan selepas Majlis Presiden PH sebulat suara menerima penyertaan parti baru itu ke dalam gabungan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana