Tak Payah Nak Ugut Lah Apek Weiii!!!!! Sejarah buktikan sukar PAS menang besar jika gerak solo

DAP membayangkan agak mustahil untuk PAS menang besar pada pilihan raya umum sekiranya mereka tidak bekerjasama dengan parti-parti pembangkang utama atau menjadi anggota sesebuah gabungan.
 
Penasihatnya Lim Kit Siang memberitahu, jika PAS bergerak secara solo parti itu hanya boleh menang paling banyak 13 kerusi parlimen, berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini.
 
Sebaliknya, kata Kit Siang, PAS menang paling banyak kerusi parlimen apabila bekerjasama dengan parti-parti lain, termasuk DAP.
 
“Dalam sejarah pilihan raya Malaysia sejak pilihan raya umum 1959, paling banyak kerusi dimenangi PAS apabila bersendirian ialah 13 kerusi.
 
“PAS menang paling banyak kerusi parlimen pada pilihan raya umum 1999, 2008 dan 2013, apabila menjadi sebahagian daripada Barisan Alternatif pada 1999, mengelakkan tiga penjuru dengan DAP dan PKR pada 2008 dan menjadi anggota Pakatan Rakyat pada 2013,” katanya dalam kenyataan.
 
Kit Siang mendakwa Hadi hanya mahu memang di lima negeri dan 40 kerusi parlimen untuk membolehkannya menjadi kuasa penentu untuk nasib Pakatan Harapan atau BN.
 
Bagaimanapun, Kit Siang membangkitkan sama ada kubu kuat PAS sendiri di Kelantan boleh dipertahankan kerana pemimpin popularnya allhyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah lagi tiada.
 
Kit Siang juga berkata terdapat penganalisis pilihan raya memberitahunya bahawa potensi terbaik dapat dicapai PAS dengan menang 30 kerusi parlimen dan terburuk pula merosot tidak sampai sepuluh undi.
 
“...yang mana satu pun tidak akan menjadikan memberikan peranan 'penentu' kepada PAS untuk menentukan pihak mana bakal menjadi kerajaan pusat,” katanya.
 
Kit Siang juga berkata keadaan ini cuma boleh berubah jika Umno bersedia memberikan sejumlah besar kerusi parlimen mereka kepada PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana