Syabas Nazri!!!!Saya mewakili pengundi Padang Rengas - Nazri

'Saya mewakili pengundi Padang Rengas', tegas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz ketika mengulas debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad pada 25 Mac ini.
 
"Ada pihak pembangkang kata saya mewakili (kerajaan). Tetapi senang sahaja, saya mewakili pengundi Padang Rengas kerana saya Ahli Parlimen Padang Rengas.
 
"Saya tidak mewakili Umno tidak mewakili BN saya tidak mewakili kerajaan. Kalau semua pun telah menyatakan bahawa saya tidak mewakili mereka, saya tidak susah untuk menyatakan saya cuma mewakili pengundi Padang Rengas yang itu lebih penting bagi saya," katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Rakyat, hari ini.
 
Reaksi itu diberikan selepas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata parti tidak terlibat dengan debat antara dua pemimpin berkenaan, malah tidak menerima sebarang makluman berhubungan hal itu.
 
Nazri, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan akan 'bertentang mata' pada 25 Mac ini di Padang Rengas, kawasan yang diwakili menteri itu sejak pilihan raya umum 1995.
 
Idea debat itu tercetus selepas Dr Mahathir pada awalnya djadual menyertai jelajah PPBM di Padang Rengas, yang kemudiannya menimbulkan rasa tidak senang Nazri.
 
Dr Mahathir kemudian bertindak mencabar Nazri untuk berdebat mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik RM2.6 bilion mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang berlaku di bawah penatdbirannya.
 
Sebelum ini Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa debat itu hanya mampu diwakili Nazri memandangkan Najib tidak 'berani' untuk berbuat demikian.
 
Nazri kemudiannya diajukan adakah tindakan tersebut diambil kerana mempertahankan kepimpinan Najib.
 
"Itu memanglah (saya mempertahankan PM) sebab saya seorang menteri dan PM yang melantik saya ke mana saya pergi pun saya tidak boleh lari daripada hakikat bahawa saya adalah ahli Parlimen BN dan juga ahli jemaah menteri," demikian menurutnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana