SITUASI DI SELANGOR : PAS DAN PKR DALAM TERSEPIT...RASANYA AZMIN ALI PANAS BONTOT KOT

SETAPAK lagi PAS dan PKR membawa haluan masing-masing walaupun pernah sekolam dalam perjuangan politik menentang Barisan Nasional.
Segala pujian antara dua parti itu selama ini mungkin bertukar cacian,serang menyerang ,membuka pekung,membuka aib antara satu sama lain tidak mustahil tidak berlaku kerana itu resam politik.
Kekuatan PAS masih ampuh kerana Kelantan masih dibawah pemerintahan parti purnama 23 jam itu.
Namun selepas PRU14 kekuatan itu mungkin berubah sekiranya kedudukan kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi pada PRU13 jumlahnya berkurangan.
Untuk Pakatan Harapan tumbangkan PAS bukan semudah disangka kerana pengalaman yang ada sudah cukup mengerunkan lawan dan sebab itulah usaha memujuk PAS suoaya bersama Pakatan Harapan begitu hebat walaupun gagal.
Kegagalan memujuk membuktikan pemimpin PAS teguh dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang ada hubungan dengan DAP dan PAN.
Kini UMNO dituduh sebagai punca PAS menolak bersama Pakatan Harapan sehingga dituduh pernah menerima dana 90 juta dari UMNO melalui sebuah bank.
Di Selangor KEBARANGKALIAN PAS goyang sakan berikutan kesemua blok ke 2 pembangkang akan serang secukup-cukupmya manakala kekebalan kerusi Parlimen Shah Alam yang dicuri oleh PAN melalui Khalid Samad tergugak.
Namun,PKR di Selangor bukanlah sebuah parti yang dilihat dapat menguasai parti lain berikutan kekuatan yang ada dibantu DAP.
DAP telah membuktikan kekuatan dengan menguasai Pulau Pinang dan begitu juga dengan PAS yang menguasai Kelantan sejak 90an.
PKR yang dianggap OLEH PEMIMPIN PARTI ITU satu-satunya parti dapat goyang Barisan Nasional sejak awal ditubuhkan masih tidak mempunyai tapak kukuh untuk menggerakan pentadbirannya sendiri.
PKR yang pasrah dengan kenyataan para pemimpin PAS bagi menentukan kedudukan pada Muktamar yang akan diadakan di Kedah pada April ini.
Setakat ini lebih 10 PAS kawasan bersetuju memutuskan hubungan dengan PKR yang setia cium tangan DAP.
PRU14 nanti tidak salah jika ADA DAKWAAN PAN adalah harapan PKR bergantung simpati untuk menumpang sedikit kuasa di Selangor memandangkan sebelum ini PKR juga banyak bergantung nasib pada PAS berikutan DAP masih tidak diterima Melayu.
Sebab itulah ketika PAN menyerang Kelantan dengan pelbagai dakyah termasuk dana 90 juta yang didakwa dari UMNO,suara pemimpin PKR tidak kedengaran.
Awal-awal lagi PKR telah tunjuk belang pada PAS apabila lebih banyak bersama parti dalam Pakatan Harapan dan terkini Wan Azizah bertepuk tangan sakan menerima PPBM sebagai rakan sejilat baharu.
Dalam soal ini,sebenarnya PKR dah lama cerai PAS dan rasanya PAS juga dapat mengesan taktik rakan seperjuangannya namun masih tidak menunjukkan sifat sebenar.
Sebab itulah presiden PAS mengumumkan hubungan parti islam itu akan muktamadkan keputusan sama ada diteruskan atau tidak hubungan parti itu dengan PKR pada Muktamar nanti.
Bayangan Presiden parti difahami maksudnya secara mendalam dan sebab itulah ada kawasan PAS telah secara nyata menyatakan penolakan parti PKR dengan jelas.
PKR bergantung kepada PAN yang tidak pernah ada kejayaan namun dalam keterpaksaan terpaksa menerima memandangkan DAP semakin ditolak Melayu.
Dari sudut lain,di Selangor DAP tidak akan memberi sebarang kelebihan untuk PKR kecuali sedikit semasa kempen PRU14 nanti.
PKR yang seperti melukut ditepi gantang dalam keterpaksaan terpaksa memilih bersama Pakatan Harapan setelah menghidu kepimpinan PAS kawasan sebenarnya telah lama menolak PKR.
Dalam pada itu,PAS yang didakwa sebagai penasihat UMNO setakat ini belum ada bayangan jelas untuk adakan kerjasama politik dengan UMNO.
Namun besar kemungkinan selepas keputusan PRU14 nanti terutamanya di Selangor akan berlaku perkongsian kuasa jika kerusi DUN yang dimenangi PAS dan UMNO melebihi parti dalam Pakatan Harapan.
UMNO pastinya memilih pemimpin PAS untuk dilantik ke jawatan Menteri Besar dan itulah yang sedang diperkirakan oleh para kepimpinan UMNO negeri sebagai membalas jasa.
Kesimpulanya,di Selangor yang tersempit adalah PKR walaupun PAS telah dianggap musuh politik blok 2 pembangkang.
Pemimpin UMNO tidak pernah menutup ruang untuk PAS adakan kerjasama politik dengan mereka bagi menguatkan sistem politik orang Melayu demi Islam dan negara.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment