SCORPENE, ALTANTUNYA, LYNAS, NFC & SEKARANG 1MDB, INI SEMUA BUKTI PAKATAN PENIPU

YANG disebut di atas tu belum semua, ada lagi hal Bangladesh 40,000, blackout, Anwar jadi Perdana Menteri 16 September, Tabung Haji nak lingkup, EPF nak bankrap, Felda jual getah ke Israel dan sebagainya.  Ada yang dah diputus di Mahkamah, tidak kurang juga yang kekal sebagai contoh untuk diteladani generasi akan datang agar tidak mengundi Pakatan.
Pendek kata, 8 tahun kebelakang ini – terutama setelah Datuk Sri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, tidak ada lain cara yang Pakatan gunakan untuk menjatuhkan BN melainkan dengan menipu rakyat.
Lepas satu, satu.  Cakap pasal penipuan oleh Rafizi sahaja (belum Anwar dan lain-lain lagi), boleh buat buku koleksi penipuan Pakatan atau drama pendek.  Kepesatan teknologi maklumat, disalah guna untuk tujuan yang membawa mudarat.
Sekarang, dengan bapak kepada segala penipu (dan U-turn), Mahathir, sudah sertai mereka, lagilah kes-kes menipu rakyat ini makin bertambah.  Saman tak saman bukan isunya, Mahathir sendiri dah saman berapa orang yang tuduh dia macam-macam?  Najib kurang-kurang, atas kapasiti peribadi dah saman berapa orang Pakatan, Rafizi, Nizar, Leong Sik antara yang dah kena.
Mahathir?  Satu pun takde.
Tak cukup orang hidup, orang mati pun Pakatan tipukan juga seperti mana di Selangor.  Apa punya keji, orang mati pun kau nak tipu jugak ke?
Entah golongan mereng macam mana pilih puak-puak ini sebagai kerajaan, seolah-olah memilih kerajaan ini kerja main-main.  Masa depan negara pun nak diperjudikan juga ke?  Berulang kali ditipu pun masih tidak  sedar diri.  Masih nak percaya Pakatan ini mampu tukar hidup jadi kaya dan bahagia?
Ingatlah, rezeki bukan dari Pakatan tapi Tuhan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana