SALAHUDDIN AYUB ‘SERANG’ PARLIMEN, GAGAL KE DEWAN RAKYAT

Bagaimana pemimpin yang tewas bertanding kerusi Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub boleh mengkritik institusi Parlimen terutama jawatan Speaker yang kini disandang Tan Sri Pandikar Amin Mulia?
Tentu amat jelik setelah tewas mempertahankan jawatan Naib Presiden, Salahuddin keluar PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) lalu mengecam pimpinan PAS serta parti yang pernah mengangkat namanya.
Jelas, apabila Salahuddin menulis kononnya Parlimen memerlukan reformis untuk jawatan Speaker kerana beliau melihat penyandang jawatan itu tidak mampu menjadi pencetus perubahan yang membawa agenda reform seperti pelaksanaan “impechment” yang menstruktur semula peranan Parlimen, nyata beliau tidak mencermin diri.
Beliau patut malu kerana tewas di kerusi Parlimen Pulai kepada Datuk Nur Jazlan Mohamad dan di DUN Nusajaya kepada Datuk Dr Zaini Abu Bakar – dua calon BN yang bukannya nama besar seperti Salahuddin.
Kerana tewas kerusi Parlimen juga, Salahuddn tidak ‘merasa’ kembali ke Dewan Rakyat yang bukan sahaja kelihatan lebih ceria tetapi sudah melaksanakan transformasi yang diusahakan Pandikar Amin.
Salahuddin nyata tidak dapat melupakan Dewan Rakyat kerana sebelum ini, beliau dua penggal berada di dewan yang mulia bagi penggubal undang-undang sebagai Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian.
Malangnya, apabila PAS menguji anak jati Johor itu bertanding di negeri kelahirannya sendiri dengan memberinya kerusi parlimen dan DUN, pada PRU 13, Salahuddin tewas.
Ketika beliau tersingkir daripada Dewan Rakyat, malang terus mengikuti perjalanan hidupnya apabila tewas pula pemilihan Naib Presiden PAS pada 2015.
Dengan aib yang sukar dibendung, Salahuddin keluar PAS dan menyertai PAN yang diketahui adalah parti yang dinaungi DAP.
Tidak hairanlah apabila beliau memuji Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh daripada DAP kononnya berjaya membawa transformasi walaupun baru dan masih muda tetapi punya idea besar dan berani bagi meletakkan asas yang mengangkat nama baik DUN Selangor.
Salahuddin cuba membezakan tradisi Pengerusi PAC telah diubah manakala Adun pembangkang diberikan peluang mengetuainya.
Namun Salahuddin lupa, semua perubahan itu tidak bermakna kerana komposisi jawatan kuasa PAC lebih kepada mereka yang diwakili Pakatan Rakyat ketika itu.
Ini menyebabkan Datuk Mohd Samsudin Lias melepaskan jawatan Ketua Pembangkang kerana keanggotaan PAC Selangor tidak akan mencerminkan keputusan seimbang dan adil terhadap sesuatu perkara melibatkan kepentingan rakyat.
Shamsudin melihat semua itu hanya retorik politik bagi memesongkan isu sebenar di sebalik pelantikan anggota PAC negeri itu yang tidak menunjukkan ciri-ciri amalan demokrasi seperti yang dicanangkan oleh kerajaan Selangor pimpinan PKR, DAP dan PAS.
Jika bukan Salahuddin untuk memuji Hannah Yeoh, siapa lagi, kerana PAN hanya pelapik kaki DAP.
Berbalik isu kritikan Salahuddin terhadap institusi Parlimen, ia lebih kepada suara orang kecewa atau meroyan kerana hidup berterusan diburu malang selepas terlepas satu demi satu jawatan .
Barangkali Salahuddin yang perlu mereformasi dirinya sendiri.
Beliau kena ingat, jawatannya sebagai Timbalan Presiden PAN ketika ini hanya lantikan sementara kerana parti itu belum melalui pemilihan sebenar.
Tengok nanti apabila dalam PRU 14, Salahuddin bertanding dan ditewas, tentu jawatannya itu akan ditentang pemimpin lain.
Bayangkan, apa akan jadi kepada Salahuddin selepas itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana