RUU 355: DAP buat pusingan U

DAP didakwa cuba mengelirukan rakyat apabila membuat pusingan U dengan menentang pindaan Akta 355 (RUU 355) yang diperjuangkan bekas rakan sekutunya, PAS. Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, berkata ia susulan pendirian DAP berhubung RUU 355 yang dilihat sering berubah, selain dilihat terlalu bergantung kepada parti sekutunya dalam pakatan pembangkang demi meraih undi masyarakat Melayu.

Selain itu, katanya, DAP kini dilihat menghasut masyarakat Cina membantah pindaan RUU 355, yang dilihat bertentangan dengan pendirian parti itu ketika masih bekerjasama dengan PAS, pada 2014 lalu. "Ahli Parlimen Seremban daripada DAP, Anthony Loke, dalam ceramahnya kepada masyarakat Cina dulu mengatakan tidak perlu takut dengan hukuman Hudud kerana jika tidak mencuri atau merompak, mereka tidak akan dikenakan hukuman hudud, selain video itu tular di media sosial. NAIB Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan "Lebih menghairankan, Lim Kit Siang (Ketua Ahli Parlimen DAP) juga cuba menakutkan bukan Islam dengan menyatakan usul pindaan RUU 355 yang di bawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi impak kepada kehidupan mereka.

"Selain daripada beliau, banyak pemimpin DAP lain turut berkempen perkara sama dan minta masyarakat Cina tidak perlu takut atau khuatir dengan Hudud," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi. Cheng Guan turut menyifatkan kenyataan pemimpin DAP sebagai penipuan ekoran pindaan RUU 355 hanyalah untuk memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah bagi kesalahan jenayah syariah yang hanya membabitkan umat Islam. "Semasa DAP bersama dengan PAS dalam Pakatan Pembangkang, Hudud ini tidak menjadi halangan kepada perjuangan mereka, khususnya Kit Siang dan Lim Guan Eng. Terutama dalam perjanjian antara Abdul Hadi dan Guan Eng. "Perjanjian itu jelas menyatakan DAP bersetuju PAS berhak memperjuangkan akidah dan konsep negara Islam secara sendiri. Bagaimanapun, DAP tiba-tiba 'U-Turn' dan tidak bersetuju dengan perjuangan PAS dengan mengatakan ia bertentangan dengan perlembagaan Malaysia. "Ini membuktikan DAP adalah parti hipokrit dan sentiasa menukar pendirian mereka hanya untuk mendapatkan sokongan dan kuasa politik," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana