Rafizi hilang sabar kena usik MP Setiu...Rafizi Panas Bontot Bebbbb

Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli  dikecam apabila terus cuba untuk menghasut rakyat membenci Barisan Nasional dan UMNO walaupun tindakannya sebelum ini tidak berhasil.

Ahli Parlimen Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusoh ketika membahaskan titah Yang Dipertuan Agong di sidang Dewan Rakyat pada Rabu memberi beberapa contoh hasutan yang dilakukan Rafizi termasuklah kenyataan Naib Presiden PKR itu berkaitan isu rasuah.

Antara pendedahan Rafizi berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa termasuk rasuah wanita dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang diterajui Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Tindakan itu menurut ahli parlimen BN kerana Rafizi tidak sebulu dengan Azmin.

Selain itu, Che Zulkifly turut mencuit hati sidang dewan apabila memaklumkan beliau seringkali mengikuti ceramah yang disertai Rafizi termasuk ketika juruacara meminta sumbangan daripada mereka yang hadir dalam ceramah bagi membiayai denda kes mahkamah ahli parlimen pembangkang itu.

Ini menyebabkan Rafizi bangun mencelah tanpa kebenaram timbalan speaker Datuk Seri Ismail Mohamad Said.

MP Setiu yang terus-terusan mengaitkan Rafizi dan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatkan Rafizi bangun lebih lima kali mengingatkan Setiu akan masa yang tinggal untuk beliau berbahas bertujuan mengganggu perbahasan Che Zulkifly..

Saksikan video perbahasan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana