Punah Ranah Lah PKR!!!!! PKR Pulau Pinang dijangka terjejas tanpa jentera PAS

PKR Pulau Pinang dijangka tergugat ekoran tindakan PAS dibeberapa kawasan di negeri itu yang sudah mencadangkan hubungan antara kedua-dua parti ditamatkan.

Walaupun PAS tidak sekuat PKR di negeri itu, namun dengan cadangan tersebut, PKR terpaksa berjuang tanpa jentera parti Islam itu bagi berdepan PRU14.

Sudah diketahui umum dan diakui pemimpin PKR dan DAP bahawa PAS mempunyai jentera pilihan raya yang mantap dan tersusun.

Malah terbukti, dalam beberapa pilihan raya kecil pembangkang sebelum ini PAS bersungguh-sungguh membantu sekutu mereka ketika berada di dalam Pakatan Rakyat walaupun bukan calon parti itu betanding.

Setakat ini, 10 kawasan PAS sudah mencadangkan agar PAS Pusat memutuskan hubungan dengan PKR dengan terbaru membabitkan PAS Permatang Pauh dan Bayan Baru.

Turut serta lapan kawasan itu ialah Nibong Tebal, Bukit Bendera, Balik Pulau, Jelutong, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor.

Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah, berkata usul itu dikemukakan dalam mesyuarat agung PAS kawasan masing-masing dan diluluskan sebulat suara.

Usul ini akan dibawa ke Muktamar PAS Pusat di Kedah akhir April ini untuk dibentang dan dibahaskan.

Tiga PAS kawasan yang belum mengadakan mesyuarat iaitu Tanjung, Bagan dan Batu Kawan dijangka mengemukakan usul sama dalam mesyuarat agung mereka minggu depan.

Pada PRU 13, PAS bertanding 2 kerusi Parlimen dan 8 kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi hanya berjaya menang 1 kerusi DUN Permatang Pasir.

Selain di Pulau Pinang, PKR Selangor juga dijangka berdepan perkara sama pada PRU 14 jika PAS juga membuat keputusan memutuskan kerjasama di negeri itu yang masih kekal di dalam pentadbiran kerajaan Selangor.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment