PPBM TIDAK BERANI BERI KATA PUTUS BERHUBUNG RUU355 KERANA MAHU JAGA HUBUNGANNYA DENGAN SEKUTUNYA DAP

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih belum memberi kata putus sokongan terhadap usul Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) kerana dipercayai ingin menjaga hubungan dalam pakatan pembangkang.

Kegagalan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendirian parti itu mungkin kerana dibayangi oleh keputusan pembangkang yang dikuasai oleh DAP, yang secara terang-terangan menolak pindaan itu.

Tindakan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang secara semberono menentang usul pindaan Akta 355 itu sebagai tidak menghormati Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

Sebagai rakyat Malaysia apabila sesuatu isu yangmenyentuh mengenai agama Islam sebenarnya perlu dibincangkan secara tertib oleh mana-mana kaum sebagai menghormati kedudukan agama itu.

Di samping itu, perbuatan "pusingan U politik" dalam kalangan pembangkang juga sudah menjadi satu kebiasaan di kalangan pemimpin pembangkang. Jesteru itu, sehingga hari ini pandangan pembangkang berkaitan usul Akta 355 masih tidak sehaluan dan tidak tetap.

Satu hari kita dengar pandangan ini, esok pula berubah. Sukar untuk menilai pendirian pembangkang dalam erti kata sebenar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana