PPBM BERSIFAT MUNAFIK, HINGGA MEMAKSA AHLI KELUAR PARTI

Pemerhati politik khususnya di Kedah baru-baru ini kejutkan dengan laporan media berhubung tindakan sebiloangan besar ahli Parti Pribumi Bersatu (PPBM) di Baling mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.
Menurut bekas Pengerusi PPBM Baling, Ali Ahmad sebelum ini, kira-kira 500 orang daripada 800 ahli PPBM kawasan tersebut akan mengikut jejak mereka tidak lama lagi kerana tidak berpuas hati dengan tindakan jawatankuasa penggerak PPBM yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu.
Namun tinjauan yang dilakukan di laman media sosial mendapatil, ada di kalangan ahli dan penyokong PPBM mendakwa laporan tersebut adalah fitnah yang bertujuan untuk mencalarkan imej parti.
Ini kerana menurut mereka ahli PPBM yang mendaftar di Baling hanya sekitar 200 orang sahaja berbanding 800 seperti yang didakwa Ali.
Bagaimanapun menurut penguna Facebook, Wan Suhaijie Aupn penafian penyokong PPBM itu jelas membuktikan sikap hipokrit dan munafik mereka.
“Apabila meletupnya kisah keluar parti Bunga (PPBM) secara berjamaah di Baling ianya juga turut membongkarkan banyak perkara tentang parti Bunga, ini kerana sebelum ini mereka mendakwa parti Bunga mendapat sambutan yang sangat hebat daripada rakyat Kedah (malah) mereka juga mendakwa ramai ahli UMNO Kedah sudah lompat masuk jadi ahli Bunga.
“Ironinya selepas meletup kisah 500 lebih ahli Bunga Baling isytihar keluar parti, puak-puak Bunga cuba spin (pusing cerita) konon ianya adalah palsu kerana menurut mereka ahli Bunga di Baling hanya ada 200 orang sahaja. Disinilah terserlahnya sikap munafik puak-puak Bunga ni,” jelasnya.
Menurut Wan Suhaijie lagi, pimpinan PPBM di Baling dan Kedah sebelum ini mendakwa sebilangan besar rakyat menyokong mereka khususnya dari ahli-ahli Umno yang keluar parti, namun apabila isu ini timbul mereka mula berubah nada.
“Kesimpulannya jika di bahagian Baling pun parti Bunga (PPBM) hanya mampu menarik sekadar 800 orang sahaja bayangkan di bahagian lain dan kenyataan kononnya mereka mendapat sokongan ramai hanyalah sekadar retorik semata-mata.
“Jadi benarlah statistik yang dikeluarkan sebelum ini menunjukkan jumlah ahli Bunga di seluruh Kedah hanyalah sekitar 6000 orang sahaja, ada baiknya mereka tumpu dahulu untuk selesaikan masalah dalaman parti sebelum sibuk untuk menang pilihanraya,” ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana