PPBM ADA KISAH YANG SUNGGUH MEMALUKAN

Sejak dua tiga hari ini, penulis lihat ramai penyokong parti ‘cap bunga’ bermuram durja. Beberapa rakan ‘cap bunga’ yang sebelum ini bercakap besar di kedai mamak, mula beri alasan ‘isteri tak benarkan keluar malam’. Padahal sebelum ini merekalah yang selalu ajak penulis ‘ngeteh’ sampai larut malam.
Namun kebetulan petang semalam penulis ada bertemu dengan seorang rakan ‘bunga’, barulah ‘pecah tembelang’ tentang sindrom ‘kemurungan’ mereka. Rupanya, mereka malu kerana kini hampir sah mereka ‘sekapal’ dengan DAP.
Penulis tanya, apa masalahnya? Bukankah mereka sebelum ini sudah ‘cium mulut’ dengan DAP? Mereka jawab, sebelum ini mereka melihat ‘cap bunga’ dan Pakatan Harapan sebagai entiti berasingan walau sekapal. Maksudnya, mereka tidaklah terlalu terikat dan perlu patuh pada kehendak Pakatan Harapan yang pro-DAP…
Tapi katanya, kini mereka sudah terikat. Bagai satu kejutan budaya dan akal, mereka yang sebelum ini begitu kuat memaki hamun DAP, tiba-tiba bagai ‘adik beradik’? Mereka bukan tidak kenal siapa DAP. Sikap DAP pun masih sama seperti dulu. Cuma atas nama politik, mereka ‘saja’ bersekutu untuk menewaskan BN.
Yang mereka tidak tahannya, sudah dua tiga hari mereka ‘dibahan’ di pejabat masing-masing. Ada saja rakan yang mengusik mereka. ‘DAP sihat hari ni?’, ‘hari ni tak ajak Kit Siang ke, Guan Eng keluar lunch?’, dan ada yang ketawakan mereka sambil tanya ‘ada lilin vigil lebih?’.
Yang mengejutkan penulis, mereka takut jika Pengerusi mereka meninggal dunia. Jika pengerusi mereka tiada nanti, mereka tidak yakin sangat aura Timbalan Pengerusi akan menyerlah. Presiden pun sudah tua dan hanya menurut akal Presiden selama ini, katanya.
Mereka risau jika Pengerusi meninggal dunia, Presiden pula lemah dan Timbalan Presiden tidak tahu hendak buat apa-apa, berkemungkinan ‘cap bunga’ tiada masa depan yang cerah. Malap dan terus malap, dan mungkin akan ‘loop’ terus. Mendengar perkataan ‘loop’ itu buat penulis ketawa!
Penulis sarankan mereka supaya usah khuatir. Jika itu semua berlaku, Lim Kit Siang ada, Lim Guan Eng pun ada. Mereka boleh jadi ‘god father’ untuk ‘cap bunga’ yang bercempera. Jika enggan, Anwar ada, Azmin ada dan Mat Sabu pun ada. Berkerut muka mereka dengan ‘nasihat nakal’ penulis.
Episod seterusnya, makin teruklah penulis bahankan mereka. Mujurlah sudah kenal dari kecil. Jika tidak, mungkin penulis sudah lebam mata, berdarah dibibir kena tumbuk. Masam mencuka mukanya. Merah padam menahan malu…
Namun apa yang terzahir di mata penulis, memang penyokong-penyokong mereka malu apabila rasmi bersahabat dengan DAP dan PAN, pihak yang selama ini mereka maki habis-habisan. Entahlah di mana mereka hendak sorokkan muka selepas ini.
Cuma penulis pesan pada rakan-rakan penulis. Jika malu sekalipun pakai baju merah ‘cap bunga’ itu, janganlah dibuang ke dalam tong sampah. Buatlah kain buruk atau kain pengelap kaki di tandas. Sekurang-kurangnya adalah gunanya dan mampu memberikan mereka secebis kenangan ‘mengusik jiwa’, kan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana