PORTAL PRO PEMBANGKANG MALAYSIA KINI DAN FREE MALAYSIA TODAY TIDAK JUJUR

Perbuatan portal Free Malaysia Today (FMT) dan MalaysiaKini memburukkan pejabat mufti dengan tulisan yang boleh menambah sentimen negatif masyarakat kepada institusi fatwa itu jelas bercanggah dengan kesimpulan yang Pejabat mufti Wilayah Persekutuan nyatakan.

Antara luahan yang dinyatakan Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berhubung sikap tidak bertanggungjawab pihak media FMT dan MK dalam melaporkan isu ini adalah seperti berikut;

“Jika hanya melihat tajuk tanpa membaca kandungan, pembaca jelas akan menafsirkan bahawa Mufti melarang perbuatan khalwat dalam teksi, Uber, serta GrabCar. Ia juga memberi sentimen negatif kepada institusi fatwa yang sering dikaitkan dengan hal-hal yang negatif walaupun ia adalah sebaliknya. Tanpa menafikan saranan berkenaan, kami berpandangan sekiranya pihak Malaysiakini jujur dalam memberi laporan, sewajarnya kesimpulan akhir kami yang mengharuskannya berserta dhawabit yang telah kami sebutkan, lebih wajar dijadikan tajuk utama”.

Tambahnya, ia akan menambah persepsi buruk akan berlaku daripada tajuk yang disifatkan sebagai sekadar mengejar rating tinggi pembaca.

Keadaan ini yang akan membawa kepada perasaan tidak senang pembaca Muslim dan Non Muslim dengan isu yang kami ulas. Ini juga mengundang komentar negatif yang boleh mencemarkan kredibiliti dan pendirian Pejabat Mufti yang konsisten membawa gagasan keterbukaan yang berlandaskan syarak serta keharmonian antara kaum dan agama. Sebagai contoh yang berkaitan, isu Uber dan UberEATS yang mana secara jelas Mufti Wilayah Persekutuan memberikan solusi yang meleraikan kekeliruan pemandu Uber dan UberEATS Muslim, tidak pula dijadikan laporan oleh Malaysiakini dan Free Malaysia Today .

Tindakan portal pembangkang melaporkan sesuatu laporan ada kalanya dibuat-buat untuk mengelirukan pembaca. Dalam hal ini, portal Malaysiakini dan Free Malaysia Today perlu lebih berhati-hati dalam memberikan laporan kerana kebanyakan laporan-laporan yang dilaporkan dalam media ini tidak mencerminkan sikap media yang jujur dalam melaporkan sesuatu isu.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment