Politik mereka 'mati' kalau tak lagakan Umno-PAS, kata Idris

Strategi politik sesetengah pihak akan 'mati' jika tidak melaga-lagakan kerjasama antara PAS dan Umno, tegas Naib Presidennya, Dr Idris Ahmad
 
"Mereka akan guna dakwaan ini sampai kiamat. Sudah lapan tahun tuduhan PAS akan bekerjasama dengan Umno. Sejak 2008 lagi dan mereka tahu kalau PAS tidak masuk Umno modal mereka akan mati. 
 
"Mereka tidak ada perjuangan dan modal lain selain daripada dakwaan PAS akan sertai Umno," demikian menurutnya.
 
Reaksi itu timbul selepas diajukan desas-desus Umno akan menyerahkan beberapa negeri kepada PAS untuk ditadbir selepas pilihan raya.
 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa berkata negeri-negeri yang diserahkan itu adalah Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu dengan menegaskan kerjasama politik itu penting demi kekuatan Melayu-Islam. 
 
Bagaimanapun Hadi tampil menafikan dakwaan berkenaan pada semalam, dengan menegaskan PAS bertanding pada pilihan raya akan datang adalah untuk mencapai kemenangan.
 
Sementara itu, Idris yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Titiwangsa ke-32 di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini menyelar bekas rakannya, DAP dengan berkata parti itu menjadi punca kepada masa depan yang gelap untuk pembangkang.
 
Ia rentetan kenyataan Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen yang menggesa kerajaan membatalkan hasrat menghantar 400 guru Islam ke Sarawak dengan mendakwa ia mengancam keharmonian kepelbagaian kaum di negeri itu.
 
"Gelagat yang ditunjuk DAP merupakan masa depan gelap untuk pembangkang.
 
"Ia memberikan keyakinan lagi pada Umno dan BN dengan tindakan Chong yang bercakap tentang menyekat kemasukan guru agama Islam Semenanjung ke Sarawak.
 
"Yang beri umpan pada Umno dan BN ialah DAP. Itu tindakan tak cerdik," katanya hari ini.
 
Tegasnya tindakan DAP itu akhirnya akan menguntungkan BN namun memangsakan parti-parti pembangkang yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana