PM ucap tahniah kepada TMJ....Syabas PM Kita Sentiasa Ambil Berat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang disahkan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.
 
"Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas kemenangan jawatan Presiden FAM," kata Najib dalam catatan di laman Twitternya, malam tadi.
 
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan Tunku Ismail menang jawatan Presiden FAM tanpa bertanding bagi penggal 2017-2021 sempena Kongres FAM ke-53, semalam.
 
Sebelum ini, pencabar jawatan 'kerusi panas' itu, Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada pemilihan, 48 jam sebelum detik penentuan tersebut.
 
Annuar, yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)  mengumumkan penarikan dirinya dalam satu sidang media di Parlimen, Khamis lalu.
 
Ujarnya, keputusan menarik diri itu dibuat selepas menimbangkan semua perkara, selain melihat Tunku Ismail sebagai aset penting kepada FAM.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana