PKR TIDAK MAHU LAYAN PAS MENGENAI KEMBALIKAN KERUSI

PKR enggan melayan gesaan supaya partinya menyerahkan kesemua kerusi yang dipinjamkan oleh PAS.
Menurut Naib Presidennya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, soal kerusi hanya boleh dimuktamadkan menerusi pendirian rasmi PAS Pusat atau muktamar.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki yang menyatakan partinya mahu merampas kembali kerusi yang dipinjamkan kepada PKR di Selangor.
“Saya tidak mahu komen daripada orang itu (Zuhdi). Kita berunding dengan orang lain. Itu bukan keputusan sebaliknya pandangan individu.
“Semua orang boleh buat pandangan. Yang pentingnya keputusan dibuat oleh PAS Pusat. Adakah keputusan dia adalah keputusan PAS Pusat?,” soalnya kepada Antarapos.
Zuhdi semalam tidak menolak bayangan PAS akan merampas kembali beberapa kerusi yang dipinjamkan parti itu kepada PKR.
Langkah itu ‘diteruskan’ jika muktamar tahunan PAS yang berlangsung pada penghujung April ini mengambil keputusan untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.
Menurut Zuhdi, kerusi yang dimaksudkan itu termasuk Gombak, yang disandang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR, dan pembahagian kerusi kembali menjadi perdebatan selepas beberapa PAS kawasan dan dewan meluluskan usul memutuskan kerjasama di antara dua parti tersebut.
Ia berikutan sikap PKR yang mesra dengan DAP dan Amanah, dua parti yang menjadi ‘duri dalam daging’ buat PAS ketika bersama di dalam Pakatan Rakyat (PR) dan selepas terkuburnya pakatan berkenaan.
Hubungan PAS-PKR semakin panas selepas Azmin memuat naik satu tweet di laman Twitternya dan mempersendakan kekuatan seorang ‘tok lebai’ yang bercita-cita hendak menawan Selangor, walaupun ‘kalah tersungkur’ di kawasan sendiri.
Rata-rata mendakwa tweet itu ditujukan kepada Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang membuat kenyataan bahawa PAS bersedia mengambil alih Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, namun dalam masa yang sama kalah dalam pemilihan parti di peringkat kawasan.
“Orang faham tweet itu ekoran pandangan yang dikemukakan Nik Abduh. Bukan beliau (Azmin) tweet dengan sengaja. Tweet itu berdasarkan kenyataan yang dibuat sebelum itu, walaupun tidak ditujukan kepada sesiapa,” kata Shaharuddin apabila diajukan soal tweet itu.
Shaharuddin kemudiannya ditanya apakah usul-usul yang dikemukakan PAS bakal merencatkan kerjasama yang dijalin PAS dan PKR selama ini.
“Kita akan teruskan hubungan. Kita tak pernah menyatakan memutuskan hubungan dengan sesiapa. Yang kemukakan pandangan adalah PAS, namun ia bukan keputusan daripada muktamar atau PAS Pusat. Ia hanya kenyataan ‘here and there’ daripada sesiapa ahli yang boleh buat,” tegasnya.
Kelmarin Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor tampil sebagai sayap kedua parti itu yang meluluskan usul putus hubungan dengan PKR, selepas Dewan Pemuda PAS Tumpat.
PAS Permatang Pauh dan PAS Bayan Baru juga mengambil ketetapan yang sama dalam mesyuarat parti yang diadakan pada minggu lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana