PIMPINAN NAJIB LEBIH BAGUS DARIPADA MAHATHIR – TAN TUAN TAT

Jika dilihat sikap puak pembangkang saban hari, ada-ada sahaja puak berkenaan yang tidak puas hati dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.
Puak pembangkang sering melemparkan dakwaan yang tak menusabah dan tidak benar, seperti mendakwa Malaysia bakal menjadi sebuah negara yang “gagal” kerana dibawah pimpinan Najib.
Bagaimanapun sebaliknya, bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang terbaik dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia.
Ini kerana menurut beliau, pencapaian Najib mentadbir negara adalah jauh lebih baik berbanding sewaktu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sungguhpun terdapat banyak tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang.
“Saya tahu ramai tak gemarkan Najib pada waktu ini, tetapi sebagai pembangkang selama 18 tahun, Perdana Menteri sekarang adalah Perdana Menteri terbaik. Perdana Menteri mana yang pernah mencatatkan pasaran saham setinggi sekarang?
“Bila kita bercakap mengenai ekonomi, Malaysia antara yang terbaik di dunia sekarang. Tambahan lagi penarafan oleh syarikat penilaian Moody’s dan S&P, Malaysia dibawah pemerintahan Najib mendapat penarafan A-.
“Itu sudah cukup baik. Berbanding zaman Mahathir cuma taraf B. Orang ramai tak sedar perkara ini,” katanya.
Justeru, Tuan Tat menegaskan rakyat tidak seharusnya memberi ruang kepada pembangkang yang diteraju oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang mentadbir negara tetapi terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negara.
Ini kerana kata Tuan Tat, beliau tidak suka cara parti rasis itu berpolitik dan sebab itu juga beliau meletakkan jawatan dari DAP.
“Saya bersama pembangkang selama 18 tahun, dan saya tidak suka cara mereka berpolitik. Sebab itu saya meletakkan jawatan dari DAP. Setelah saya meletakkan jawatan, mereka kata saya dipecat.
“DAP adalah parti pertama di alam semesta yang memecat individu yang sudah meletakkan jawatan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Tuan Tat turut mengulas ekonomi Malaysia dibawah pemerintahan Najib berkata, pelbagai inisiatif telah dilancarkan oleh Perdana Menteri dan Malaysia akan terus maju sekiranya pembangkang tidak merosakkan imej negara diperingkat antarabangsa.
“Jika pembangkang turut membantu dalam melonjakkan nama Malaysia diperingkat antarabangsa daripada ke luar negara dan memburukkan imej negara, ekonomi Malaysia akan terus maju.
“Mengenai kejatuhan nilai mata wang, bukannya disebabkan masalah dalaman Malaysia. Ini adalah masalah dunia. Singapura juga mengalami masalah sama. Jadi apa yang mereka (pembangkang) katakan ekonomi Malaysia lembab?” soalnya.
Oleh demikian, Tuan Tat menasihatkan rakyat perlu membuka minda dan berpandangan lebih luas dalam menilai segala tomahan dan dakwaan pembangkang terhadap kerajaan.
“Kita tak boleh benarkan si bodoh (pembangkang) ini mentadbir negara.
“Apa yang pembangkang tuduh terhadap kerajaan, rakyat harus berfikir sama ada dakwaan berkenaan rasional ataupun tidak,” katanya.
Tuan Tat menyifatkan pembangkang sebenarnya cemburu dengan kejayaan yang dicapai oleh pentadbiran Najib.
Komen Facebook
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment