PH perlu diketuai parti berteraskan Melayu - Muhyiddin...Percaya Lah DAP Pasti Akan Bersuara Nanti

Ha ha ha Jangan mimpilah selagi DAP tak akan berdiam diri dalam hal ini.....Midin ini ingat PPBM sudah senior dalam Politik...confirm DAP akan bersuara...dan bantah issue ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan parti pimpinannya mahu menjadi parti utama yang akan mendokong perjuangan Pakatan Harapan (PH).
 
Muhyiddin berkata, langkah itu penting bagi memastikan pakatan tersebut dipelopori oleh parti yang berteraskan Melayu bagi mewujudkan keyakinan rakyat.
 
"Paling penting ialah untuk melihat bahawa gabungan parti baharu ini adalah berteraskan Melayu dan parti PPBM antara parti utama yang akan mendokong perjuangan parti dalam gabungan harapan ini.
 
"Kita hendakkan supaya gerakan yang akan dipelopori oleh pembangkang mestilah organisasi yang diketuai Melayu, majoritinya adalah Melayu tetapi parti-parti lain yang bergabung dalam Pakatan Harapan akan menjadi sebahagian daripada keluarga kita, ini penting supaya rakyat yakin," katanya ketika berceramah di Kota Kiri, di sini, malam tadi.
 
Beliau turut memberitahu perkara itu akan dibicangkan bersama-sama kepimpinan parti-parti komponen di dalam PH dalam masa terdekat.
 
"Satu atau dua hari lagi kita akan berbincang bersama-sama, ini cuma pandangan peribadi saya kalau tuan-tuan kata okay saya akan bawakan perkara ini.
 
"Kita nak berpakat atau berbincang dengan pimpinan-pimpinan dalam barisan PH dan kita nak minta supaya untuk menentukan satu kedudukan kita yang boleh dikatakan dihormati," ujar beliau.
 
PPBM pada minggu lalu secara rasmi menjadi anggota keempat dalam gabungan PH. 
 
Ia diputuskan selepas Majlis Presiden PH sebulat suara menerima penyertaan parti baru itu ke dalam gabungan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana