Penjawat awam bertanggungjawab menyokong kerajaan - Khairy

Guru yang aktif mempromosi pembangkang sewajarnya dinasihatkan berhenti daripada perkhidmatan kerana sudah menjadi tanggungjawab sebagai penjawat awam untuk sentiasa memberikan sokongan kepada kerajaan hari ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau tidak melihat teguran daripada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid itu sebagai melanggar dasar sedia ada.
‘‘Ini dasar kita (kerajaan), dari segi penjawat awam mestilah memberi sokongan kepada kerajaan hari ini dan ia adalah polisi bertugas dalam perkhidmatan awam.
‘‘Saya tidak melihat perkara itu bercanggah dengan dasar yang sedia ada, tambahan pula, pendidikan dalam sekolah tidak boleh dipolitikkan,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas menutup Perhimpunan Belia Bandar Asia 2017 di Melaka pada Isnin.
Semalam, Mahdzir menasihatkan guru yang aktif dalam mempromosi pembangkang dan asyik memburukkan kerajaan supaya berhenti daripada perkhidmatan.
Katanya, setiap kakitangan awam sepatutnya sedar bahawa mereka terikat dengan peraturan yang ditetapkan dalam Perintah Am dan tindakan mengkritik hingga berbaur fit­­nah tidak sepatutnya berlaku.
Sementara itu, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO turut menegaskan, sesebuah sekolah tidak sepatutnya menjadi platform politik kerana institusi pembelajaran itu hanya menekankan aspek pendidikan.
‘‘Hal ini kerana sekolah tidak boleh digunakan sebagai platform politik. Sekolah mesti kekal tidak berpolitik dan penjawat awam mestilah berikan soko­ngan kepada kerajaan semasa,’’ tegasnya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment