Pemimpin DAP takut minta Kit Siang bersara - Abdul Rahman..Ada Berani Ahli Bersuara Tentang DAP ini Ker?

 Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mencadangkan supaya Penasihat DAP Lim Kit Siang bersara daripada politik dan memberi peluang kepada muka baharu seperti yang diingini oleh kalangan anggota akar umbi parti itu.
 
Menurutnya berbanding dengan parti-parti politik lain yang telah melakukan transformasi, DAP masih lagi enggan melaksanakan peralihan kuasa kepada pemimpin muda dan sebaliknya terus mengekalkan Kit Siang yang berpandangan ekstrem bagi tempoh 51 tahun lepas.
 
"Mungkin juga kepemimpinan inilah yang menyebabkan DAP tak boleh menang pilihan raya umum.
 
"Ramai pemimpin DAP tidak berani bercakap di luar (mengenai perkara ini) dan mereka akan berterima kasih kepada saya dan rakan-rakan dalam BN yang mengatakan bahawa sudah tiba masanya Kit Siang bersara," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Peneraju Professional Chartered Financial Analysts (CFA) di sini, semalam.
 
Abdul Rahman yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Kit Siang yang merupakan anggota Parlimen Gelang Patah yang mahu mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekiranya beliau tidak bersara dalam politik.
 
Dalam kenyataan terkini itu, Kit Siang juga tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi Parlimen lain pada PRU14 sebagai strategi politik.
 
Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berikutan laporan DAP kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis kononnya beliau menyalahgunakan kuasa semasa menjadi Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
 
Semalam, dua pemimpin akar umbi DAP mendedahkan dokumen-dokumen yang dikatakan menyokong dakwaan mereka mengenai penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Rahman semasa menerajui kementerian itu dari 2013 hingga 2016.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana