PEMIMPIN DAP MELAKA DIREMAN KES TIPU PAJAKAN TANAH

Dua ahli perniagaan termasuk seorang pemimpin kanan DAP ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan pajakan tanah di Kelantan dengan anggaran kerugian bernilai RM976,300.
Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 54 dan 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Analia Kamaruddin bagi siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, kedua-dua suspek yang memakai baju lokap polis berwarna oren tiba di pekarangan Mahkamah Ayer Keroh di sini, kira-kira pukul 8.30 pagi.
Isu pajakan tanah itu sebelum ini dibangkitkan wakil rakyat Bebas dari Duyong, Goh Leong San dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Seri Negeri pada 9 Mac lalu.
Perkara itu ekoran satu laporan polis dibuat oleh seorang pengusaha kebun sayur di negeri ini pada 14 Disember tahun lalu menyatakan, pengadu membuat transaksi pembayaran wang tunai ke dua akaun penama suspek berjumlah hampir RM1 juta berhubung permohonan mendapatkan tanah pajak itu. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana