PAS Tutup Pintu Rundingan Dengan PPBM - Mohd Amar

PAS menutup pintu rundingannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas parti itu menyertai Pakatan Harapan.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata tindakan itu dibuat selaras dengan syarat PAS kepada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengannya iaitu tidak menjalin sebarang hubungan dengan seteru politiknya iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"...kira tutup bukulah. Sebab itu pendirian parti, daripada awal pun memang jelas," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Selasa.
Pada Isnin, Pakatan Harapan sebulat suara menerima PPBM sebagai anggota terbaharu gabungan itu selepas majlis presiden gabungan itu memutuskan perkara tersebut dalam mesyuaratnya di Kuala Lumpur.
Ditanya mengenai pertemuan dengan PPBM sebelum ini, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata ia hanya berkisar mengenai pandangan parti itu terhadap beberapa perkara.
"Sebelum ini kita lebih kepada berbincang, tak ada rundingan betul lagi.
Kita hanya berbincang idea-idea, isu-isu...itu sahaja. Tapi belum sampai ke peringkat serius dan muktamad.
"Kita di peringkat pusat pun, memang asas berunding masa itu ialah selagi PPBM tidak bersama dengan Pakatan Harapan. Itu yang kita boleh runding. Bila dia (PPBM) sudah rasmi (sertai Pakatan Harapan), jadi putuslah (hubungan)," katanya.
-- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana