PAS PERLU SEGERA TAMATKAN HUBUNGAN DENGAN ‘PARTI BUNGA’

PAS digesa menamatkan rundingan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ekoran parti baru itu kini sudah sah menjadi komponen Pakatan Harapan (PH).
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, ia selaras dengan garis panduan yang ditetapkan PAS sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menjalin hubungan dengan mana-mana parti yang bersekongkol dengan dua musuhnya, DAP dan Amanah.
“Memang sebelum ini kita (PAS-PPBM) dah lebih tiga kali berunding tapi PAS belum buat keputusan. Jadi bila ia dah sah dengan PH, pada pandangan saya memang kita tak perlu lagi berunding dengan Bersatu (PPBM).
“Kerana syarat kita dulu, siapa yang mahu (bekerjasama) dengan PAS, maknanya ia takkan ada persetujuan (agreement) dengan PH,” katanya ketika dihubungi Antarapos.
Mahfodz berkata demikian ketika ditanya mengenai hala tuju rundingan antara kedua-dua parti berkenaan.
Terdahulu, mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini mengumumkan sebulat suara menerima PPBM sebagai anggota terbaru gabungan itu.
Dalam satu kenyataan yang ditandatangani bersama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, PH juga bersetuju mengadakan logo baru dan mengemaskini manisfestonya menuju PRU14 untuk disesuaikan dengan penyertaan PPBM ke dalam gabungan itu itu.
Dalam pada itu, Mahfodz tidak menolak perkembangan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada PAS, namun ia dari sudut positif.
“Kesan kepada PAS itu ada, kita akan bersendirian. Tapi Melayu akan memberikan sokongan terus sama ada kepada PAS ataupun Umno.
“Tapi bila Bersatu (PPBM) bersama dengan DAP, maka orang Melayu takkan beri sokongan kepada Bersatu walaupun ia parti Melayu disebabkan ia bersekongkol dengan DAP yang anti-Melayu dan anti-Islam. Jadi terpulanglah kepada mereka kerana mereka dah buat keputusan,” katanya.
Mengulas hubungan PAS dengan PKR yang juga salah satu parti komponen PH, Mahfodz menjelaskan tahaluf siyasi antara kedua parti tetap akan diteruskan seperti biasa sehinggalah keputusan mengenainya ditentukan pada Muktamar, April depan.
“PAS Pusat akan buat keputusan pada Muktamar, akhir April nanti,” katanya.
Ujar Mahfodz lagi, sungguhpun PAS Permatang Pauh dan Bayan Baru membuat keputusan memutuskan hubungan politik dengan PKR, namun katanya, ia hanyalah usul di peringkat kawasan.
“Kita tak benarkan mana-mana cawangan atau kawasan untuk buat keputusan, kerana keputusan itu akan dibuat oleh PAS Pusat.
“Mereka boleh buat (usul), tapi tak boleh laksanakan kerana untuk melaksanakannya, kena rujuk PAS Pusat,” jelas Mahfodz.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana