PAS DISERANG PKR BERTUBI-TUBI...ITULAH JAHAT PERANGAI BILA BERPOLITIK

Tiada apa yang lebih manis, dari keupayaan untuk meluahkan rasa geram dan sakit hati setelah usaha untuk “merantai” kawanan politik masih gagal, gara-gara penentangan kuat dari barisan pimpinan parti sasaran.
“It is payback time!” begitulah apa yang sedang dilakukan oleh 2 pemimpin PKR melalui muatnaik status di laman twitter masing-masing yang jelas menyindir Pemuda PAS gara-gara kekalahan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh yang bertanding jawatan Timbalan YDP PAS Pengkalan Chepa kepada penyandangnya.
Kepuasan maksima tentunya diraih oleh Azmin dan Afif, berikutan kelantangan Nik Abduh dalam memastikan PAS tidak kembali ditunggangi, seperti apa yang berlaku sepanjang mereka bertahaluf siyasi.
Menurut Afif, tanpa Pemuda lebai (PAS) sekalipun PKR mampu menang, seperti yang dibuktikan ketika PRK Permatang Pauh 2015. Kalah di tempat sendiri, bagaimana hendak menawan Selangor kata Azmin pula.
Nik Abduh, bakal menjadi sasaran untuk disingkirkan melalui gerakan dari dalam PAS sendiri. Jika dilihat dari “pattern” serangan, ia ditujukan kepada individu, dan bukannya PAS, demi mencalar imej individu tersebut. Modus operandi yang sama juga telah, sedang dan akan diteruskan ke atas presiden PAS Hadi Awang seperti mana yang dipraktiskan oleh DAP sebelum ini. Begitulah cara bagaimana pro ulamak PAS disingkirkan, kerana samada PKR dan DAP, mereka tahu untuk membezakan antara PAS dan pemimpinnya. Mereka juga telah mengkaji, serangan kepada PAS bakal mengakibatkan kemarahan ahli PAS, sementara serangan yang bersifat individu akan lebih terarah, apatah lagi PAS sendiri masih terbahagi kepada dua kelompok. Sudah tentu ada yang bersetuju dengan serangan PKR dan DAP.
PAS masih belum 100 peratus bersih dari spesis harum manis. Jika tidak percaya bahawa PAS masih terbahagi kepada dua kelompok, perhatikan sahaja gelagat Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kecenderungannya sangat mudah dibaca, semenjak dilaporkan menjadi punca terbesar jatuhnya Nasharudin Mat Isa.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment