Panassss!!!!! Azizah, Azmin jadi sasaran 'tsunami pak lebai' minta cerai

Kenyataan biadap berkaitan 'tok lebai' yang dibuat oleh Datuk Seri Azmin Ali yang ramai percaya ditujukan kepada Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz memang 'tepat' pada masanya.
Ketika PAS kawasan-kawasan sedang bermesyuarat dan mahu ahli membincangkan apakah wajar hubungan politik antara PKR dan PAS diputuskan.
Azmin macam siram minyak ke api... sekejab sahaja sambarannya menyebabkan Menteri Besar Selangor itu 'hangus' kena panggang.
Sejak dua tiga hari ini, Azmin dalam mood 'damage control'... pakai kopiah ala 'pak lebai' dan bercakap baik-baik dengan PAS.
Tanpa sokongan PAS, Azmin bukan sahaja bermasalah untuk jadi MB balik jika PKR menang lagi Selangor.
Silap-silap untuk menang DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak pun Azmin tak mampu.
Yang memenangkan Azmin adalah PAS. Gombak terletak markaz PAS paling lama dan paling besar di Taman Melewar.
Azmin tahu dia tersilap, nak tweet ala Donald Trump, yang terbakar rumah sendiri.
Di Pulau Pinang keadaan lebih serius.
Presiden PAS Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bermasalah selepas 12 daripada 13 kawasan PAS di negeri itu mahu putuskan hubungan dengan PAS.
Usul pertama minta putus datangnya daripada kawasan Permatang Pauh, di mana Azizah merupakan ahli parlimennya.
Kemudian barulah 11 lagi kawasan lain turut mengikut langkah sama.
Bayan Baru, Nibong Tebal, Bukit Bendera, Balik Pulau, Jelutong, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Bagan, Batu Kawan dan Bukit Mertajam.
Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata, usul itu dikemukakan dalam mesyuarat agung PAS kawasan masing-masing dan diluluskan sebulat suara.
"Usul ini akan dibawa ke Muktamar PAS Pusat untuk dibentang dan dibahaskan," katanya.
Beliau berkata, PAS kawasan Tanjung dijangka akan mengemukakan usul sama dalam mesyuarat agung mereka minggu depan.
Difahamkan antara faktor akar umbi PAS minta cerai dengan PKR adalah PKR menjejaskan kedudukan PAS di kalangan pengundi Melayu-Islam terutama di Pulau Pinang.
*PKR tidak menghormati PAS sebagai rakan tahaluf kerana bekerjasama dengan DAP dan PAN menyerang PAS.

*PKR didapati sewenang-wenangnya menggunakan sebilangan ahli PAS untuk kepentingan politiknya tanpa perbincangan dengan pimpinan PAS.
*PKR memujuk ahli PAS meninggalkan parti konon untuk diberi jawatan tertentu dalam kerajaan negeri Pakatan Harapan.
*PKR gagal mempertahankan Islam di Pulau Pinang dan mendakwa parti itu menurut kehendak DAP mencampuri urusan fatwa.
*PKR juga tidak sensitif menerima keahlian Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang menang atas tiket PAS pada PRU Ke-13.
*PKR bersikap dingin terhadap usaha PAS mahu memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah
*PKR tidak menyokong PAS dalam pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar
*PKR gagal mentadbir dan menyelesaikan isu pengambilalihan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) hingga menjejaskan nama baik PAS yang juga rakan kongsi mentadbir Selangor.
Muktamar PAS akan berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei di Kedah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana