Panasss Ni....PAS Permatang Pauh bawa usul cerai PKR pada Muktamar

PAS Permatang Pauh hari ini dalam mesyuarat agung tahunan sepakat untuk membawa usul memutuskan hubungan dengan PKR pada Muktamar parti April depan.
 
Yang dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan mendakwa, parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah itu cuba menjejaskan kedudukan PAS dalam kalangan pengundi Melayu-Islam di sana menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
 
Beliau juga mendakwa PKR tidak menghormati PAS sebagai rakan kerjasama kerana mereka mengekalkan kerjasama dengan DAP dan Amanah untuk menyerang mereka.
 
“PKR didapati sewenang-wenangnya menggunakan sebilangan ahli PAS untuk kepentingan politik PKR tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan PAS,” katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Katanya lagi, lebih memudaratkan apabila ahli PAS mengadu PKR meminta mereka keluar parti bagi tujuan memegang jawatan tertentu dalam kerajaan negeri Pakatan Harapan.
 
“Sifat tidak bertanggungjawab oleh PKR ini menunjukkan PKR sangat tidak menghormati prinsip setiakawan dan boleh menjejaskan PAS,” katanya.
 
Parlimen Permatang Pauh dimenangi Anwar dan isterinya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 1982. 
 
Wan Azizah menduduki kerusi itu ketika Anwar dipenjarakan selepas disabitkan kesalahan liwat dan tidak boleh memegang jawatan ahli Parlimen.
 
Wan Azizah kembali ke kerusi itu pada Mei 2015, selepas Anwar mengosongkan ia susulan hukuman penjara terbaharu.
 
Pada 10 Disember tahun lepas, anak mereka Nurul Izzah Anwar, yang juga naib presiden parti, menyeru pimpinan PAS tempatan untuk menimbang semula hasrat bertanding kerusi itu pada PRU-14.
 
Beliau berkata mereka sepatutnya tumpu melawan BN dan bukannya mempertikaikan pengagihan kerusi dalam kalangan pembangkang serta menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
 
Omar menuduh PKR gagal mempertahankan Islam di Pulau Pinang, mendakwa parti itu menurut kehendak DAP mencampuri urusan penfatwaan.
 
“Terdapat beberapa fatwa yang dilengahkan/ditangguhkan oleh PKR dan DAP melalui exco agama,” katanya.
 
Pada 31 Januari, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof mendakwa kerajaan negeri mengarahkan semua fatwa melalui majlis mesyuarat kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum ia diluluskan sebagai undang-undang.
 
Di bawah undang-undang negeri, Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang boleh mengeluarkan fatwa untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dipersetujui, untuk kemudiannya diwartakan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2004.
 
Mufti Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor menafikan dakwaan itu, dan berkata keputusan jawatankuasa adalah muktamad dan tidak boleh dicampuri ahli politik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana