PAKATAN HARAPAN KUCAR KACIR DENGAN KEHADIRAN PPBM....HABIS MADEY NAK JADI BOSSS

Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ke dalam Pakatan Harapan (PH) bukan untuk menambah kekuatan sebaliknya lebih kepada menenggelamkan pakatan yang turut dianggotai DAP, PKR dan PAN itu.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ‘kapal’ PH sudah pasti akan tenggelam dengan kemasukan PPBM.
Menurutnya, kemasukan PPBM ke dalam PH bukan perkara mengejutkan kerana pembangkang tidak menumpukan kepada perjuangan sebenar.
“Pembangkang lebih gemar menarik mana-mana bekas pemimpin parti untuk menyertai parti mereka.
“Seperti apa yang diberitahu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Pakatan Harapan tidak pernah berbincang dengan PPBM mengenai pendirian mereka ke atas RUU 355, tetapi sudah pun diterima sebagai salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan,” katanya memetik laporan Oriental Daily.
Beliau menjelaskan, PH sebenarnya tiada hala tuju malah tujuan utama mereka hanyalah satu iaitu menumbangkan kerajaan pemerintah.
“Sekiranya pembangkang dapat perintah negara, mereka tidak pernah fikirkan siapa perdana menteri. Mereka hanya mahu menang, selepas itu baru bincang calon yang layak,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana