Nik Abduh ulas kekalahan di Pengkalan Chepa…saya bertanding suka-suka saja

Puak geram padanya khususnya dari Pakatan Harapan yang sedang raya sakan pukul gendang mengenai kekalahannya tewas jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Pengkalan Chepa,Kelantan tentu gigit jari mendengar komen Nik Abduh Nik Aziz ini.
 
Mengulas kekalahannya ditangan Ahli Parlimen Pengaklan Chepa ,Dr. Izani Husin pada pemilihan Sabtu,anak bekas Menteri Besar Kelantan itu kata beliau bertanding sekadar ‘ suka-suka’.
 
Dalam pemilihan untuk penggal 2017-2019 itu Nik Abduh mendapat 37 undi manakala Izani 209 undi.
 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dan Ketua Pemuda PAS dipetik Utusan Malaysia Ahad sebagai berkata ,“Biarlah yang lapar fitnah itu beraya kejap. Saya hanya bertanding sekadar suka-suka sahaja. Jawatan yang sudah ada ini pun sudah tidak larat hendak pikul.” 
 
Mereka yang anti Nik Abduh berusaha gambarkan kekalahan itu sebagai penolakan PAS padanya.
 
Beliau didakwa mereka sebagai tongkat UMNO dan sebagainya.
 
Sebaliknya ikut cerita orang PAS Nik Abduh dan Izani adalah dari kem yang sama.
 
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menang tanpa bertanding  Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana