Nik Abduh kalah teruk kepada Dr Izani

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tewas teruk dalam pemilihan jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa, hari ini. Ketua Pemuda PAS Pengkalan Chepa yang juga anak Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu hanya mendapat 37 undi. 

Pencabarnya yang juga penyandang Timbalan Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin memperoleh 209 undi. Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempertahankan jawatannya selepas diumumkan menang tanpa bertanding. Mesyuarat agung itu dirasmikan Mohd Amar dan proses pengundian dikendalikan PAS Kawasan Tumpat. Sumber berkata, Nik Mohamad Abduh menerima kekalahan itu dengan hati terbuka dan ia tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam PAS. "Sehubungan itu, Dr Izani kekal sebagai Timbalan yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa berkuat kuasa hari ini untuk tempoh 2017 sehingga 2019," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana