Nazri jelaskan kenapa membisu masa jumpa Dr Mahathir...

Jumpa sudah jumpa.Namun Tun Dr Mahathir Mohamad sudah pusing cakap seolah Datuk Seri Nazri Aziz kecut membisu sewaktu jumpanya di Lembah Sayong,Kuala Kangsar petang Sabtu.
 
Sindiran itu disuarakan bekas Perdana Menteri itu dalam ceramahnya di Kota Lama Kiri,Kuala Kangsar pada sebelah malam.
 
Ini telah mendorong Nazri tampil menjelaskan situasi sebenar. 
 
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu mempertahankan langkahnya mendiamkan diri ketika menemui Dr Mahathir.
 
Ini katanya sebagai menghormati bekas perdana menteri itu.
 
Katanya etika standard ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri ialah “anda tidak bercakap dengannya kecuali beliau bercakap dengan anda terlebih dahulu”.
 
“Itulah keadaannya ketika dia jadi perdana menteri. Saya agak biasa dengan keadaan itu, jadi saya tunggu dia cakap dengan saya dulu.
 
“Tapi dia tak cakap apa-apa sampai ke sudahnya. Itu sebab Mahathir kata saya mendiamkan diri,” katanya pada Ahad.
 
Nazri berkata, Dr Mahathir langsung tidak ramah pada perjumpaan semalam.
 
“Dia tak mesra sama sekali. Dia tumpu perhatian kepada makanannya. Tetapi saya nak menghormati dia kerana dia kelihatan begitu lemah. Jadi, saya diam sahaja.”
 
Mengulas lanjut, Nazri berkata, sebaik beliau tiba, seorang daripada pembantu Dr Mahathir cuba menghalang mereka berdua berjumpa.
 
“Walaupun salah seorang pembantunya cuba menjauhkan Mahathir dari saya, saya hanya pergi ke sana dan jabat tangannya.
 
“Kami kemudian pergi ke sebuah gazebo di tepi sungai dan saya duduk di sebelahnya selepas pembantunya mengosongkan sebuah kerusi untuk saya.”
 
Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, debat yang dijadualkan berlangsung pada 7 April ini di Shah Alam, adalah medan terbaik untuk menyuarakan pandangan mereka.
 
“Saya rasa kalau ada apa-apa yang perlu dikatakan, ia perlu disuarakan pada 7 haribulan, bukannya di sana (Kuala Kangsar).”
 
Walaupun debat tidak diadakan di Dewan Maktab Rendah Sains Mara semalam, Nazri dan Dr Mahathir sebaliknya mengadakan pertemuan kira-kira setengah jam sambil menikmati “laksa kuala” dan cendol serta menghayati pemandangan indah Sungai Perak di Lembah Kuala Kangsar.
 
Pengerusi PPBM itu dalam ceramahnya anjuran parti itu di Kuala Kangsar pada malam Sabtu menyifatkan Nazri sekadar membisu dan senyum ketika menemui beliau.
 
“Dia nak sangat jumpa saya, saya ingat dia nak beritahu saya dia nak letak jawatan, tetapi dia macam orang bisu, duduk diam-diam di sebelah saya. Jika dia bisik di telinga saya, saya akan dengar, tetapi dia tak cakap apa-apa, hanya duduk dan tengok bahagian depan,” katanya.
 
Nazri menyahut cabaran Dr Mahathir untuk berdebat mengenai skandal 1MDB dan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) yang berlaku pada era 1980-an di bawah pentadbiran Dr Mahathir, juga sumbangan RM2.6 bilion daripada keluarga diraja Arab Saudi.
 
Debat itu sepatutnya diadakan di Dewan MRSM di Kuala Kangsar semalam, tetapi ia terpaksa dibatalkan selepas polis menolak permohonan permit mengadakan perbahasan itu atas faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.
 
Debat itu kini akan diadakan pada 7 April ini di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana