Nazri jawab Mahathir... saya ingat dia nak masuk UMNO kali ketiga

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz memuji bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang 'pandai bergurau'.
Ini selepas Mahathir memberitahu media bahawa dia banyak berdiam semasa makan laksa di Kuala Kangsar Sabtu lalu kerana sedang menunggu Nazri memberitahu dia keluar daripada UMNO.
Nazri yang diminta mengulas komen Mahathir itu ketawa sambil berkata: "Ha ha ha, dia masih pandai bergurau. Saya fikir dia sedang mempertimbangkan dengan serius untuk menyertai semula UMNO untuk kali ketiga."
Mahathir dipecat dari UMNO pada 1969 zaman Tunku Abdul Rahman selepas 13 Mei tetapi masuk balik UMNO pada 1972 zaman Tun Abdul Razak sebelum keluar UMNO pada Mei 2008 untuk memberi tekanan kepada Tun Abdulllah Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Beliau masuk balik UMNO selepas Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.
Mahthir sekali lagi meninggalkan UMNO pada Februari tahun lepas dan kini Pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia.
Nazri yang ditanya apakah spekulasi Mahathir, bliau mungkin meninggalkan UMNO, Nazri membalas dengan sinis: "Esok pun boleh jadi kiamat."
Beliau menasihatkan Mahathir untuk mendapatkan rehat yang cukup supaya dia akan bersedia untuk debat 7 April ini.
"Suruh dia berehat supaya bertenaga. Tengok 7 April ini saya berdiam diri atau tidak. "
Debat tersebut akan diadakan di Kompleks Karangkraf di Shah Alam. Ia pada asalnya dirancang untuk Sabtu lalu di Dewan Kolej Mara Junior di Kuala Kangsar, tetapi dibatalkan selepas polis enggan memberikan kebenaran.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment