Nazri cadang lokasi dan tarikh baru debat dengan Dr Mahathir…Shah Alam 7 April

Setelah polis tolak permohonan permit dari penganjur yakni Kumpulan Media Karangkraf untuk debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengannya pada 25 Mac ini di Padang Rengas…Datuk Seri Nazri Aziz lewat petang Selasa tampil dengan cadangan lokasi dan tarikh baru.
 
Katanya debat itu akan diadakan di pejabat Kumpulan Media Karangkraf yakni penerbut akhbar Sinar Harian di Shah Alam pada 9.30 malam 7 April ini.
 
Beliau juga mencadangkan Ahli Parlimen Parti Amanah (PAN) Khalid Samad jadi moderator debat itu.
 
Bercakap dalam sidang akhbar di bilik media di bangunan Parlimen,Nazri berkata pihak penganjur akan hubungan Dr Mahathir dan pihak polis mengenai cadangan berkenaan.
 
Pada pagi Selasa Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan memberitahu pihaknya menolak permohonan permit adakan debat itu di MRSM Kuala Kangsar di Padang Rengas kerana faktor lokasi dan lewat sampaikan borang serta bantahan orang awam.
 
Beliau beritahu asalanya pihak penganjur cadang debat itu diadakan pada 29 Mac tetapi beliau tidak dapat hadir pada tarikh itu kerana ada urusan.
 
Dr Mahathir dalam sidang akhbar Selasa telah beri tempoh kerana Nazri selesaikan soal penganjuran debat menjelang jam 1 tengahari Rabu termasuk mendapat persetujuan polis mengenai lokasi penganjuran.
 
"Bagaimanapun, sukar untuk saya penuhi syarat ini kerana polis Perak sudah mengeluarkan kenyataan bahawa debat di Kuala Kangsar tidak mendapat permit, "katanya.
 
Menurut Nazri penganjuran debat di bangunan persendirian yakni di Kumpulan Media Karangkraf tidak tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012. 
 
Sebelum ini Sinar Harian telah menganjurkan sebilangan wacana melibat orang politik,NGO dan sebagainya di pejabat berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana