NAZRI AZIZ TAK TAKUT, TUNGGU MAHATHIR TAK TIBA…

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membuat kejutan dengan tiba di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar untuk menunggu kedatangan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Menurut sumber, Nazri tiba pada kira-kira pukul 1 tengah hari bersama hampir 50 orang penyokong beliau dan kini masih setia berkumpul di pintu masuk MRSM tersebut.
Menurut Nazri, beliau tetap datang ke MRSM tersebut walaupun debat di antara beliau dan Mahathir yang sepatutnya berlangsung hari ini tidak dapat diadakan kerana tidak mendapat keizinan pihak polis.
“Saya akan menunggu kedatangan Tun dan berharap beliau datang,” katanya ketika ditemui media.
Dalam pada itu, anggota polis dilihat mengadakan kawalan ketat lalu lintas di perkarangan MRSM berkenaan. 
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment