Nak Tubuh Parti Baharu Ker...kita peduli Apa..

Penganalisis politik menjangkakan parti baru yang bakal ditubuhkan dua bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menyasarkan Generasi Y, tidak akan bertahan lama.
 
Ini kerana, menurut Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed strategi parti yang bakal diterajui Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Ezam Mohd Nor itu sudah banyak digunakan oleh parti-parti sedia ada.
 
"Ya, kerana bagi saya apa juga usaha nak tubuhkan parti baru dalam kerangka politik Semenanjung, memang pada ketika ini tak sesuai. Jika penubuhan parti ini hanya menyasarkan kepada generasi Y, juga bagi saya bukan satu strategi yang tepat.
 
"Kerana banyak parti sedia ada dan tumpuan mereka juga adalah untuk menarik lebih ramai lagi kumpulan sasar terdiri daripada generasi Y ini," katanya kepada Antarapos.
 
Malah katanya lagi, parti baru itu perlu mempunyai ideologi dan agenda lebih besar, berbanding memberi fokus kepada rasuah yang juga telah dipraktikkan oleh parti-parti lain.
 
Tambahnya, jika parti itu hanya memberi fokus untuk membasmi rasuah, adalah lebih sesuai kedua tokoh politik berkenaan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO).
 
"Jika parti ini hanya bersandarkan ideologi pembasmian rasuah, memang saya kira objektif itu terlalu spesifik dan tidak sesuai terutama dalam konteks menubuhkan parti baru. 
 
"Kita lihat penubuhan parti ini mesti ideologi yang melangkaui pelbagai isu. Kalau mereka hanya (fokus) isu tertentu seperti pembasmian rasuah, platform yang paling sesuai adalah penubuhan NGO bukan parti," katanya lagi.
 
Semalam, Khairuddin mengumumkan bahawa sebuah parti politik baru bakal ditubuhkan dengan menyasarkan anak muda terutamanya Generasi Y.
 
Objektif parti baru itu dikatakan memberi tumpuan kepada soal memerangi rasuah dan mahu mendidik golongan anak muda untuk menolak amalan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana