MUHYIDDIN SEDANG MINTA MURKA ALLAH?KONONNYA TOTOK UMNO

TARIKH 9 September 2015 menjadi saksi kepada alam nyata dan alam ghaib bahawa Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, anak kepada seorang tokoh agama yang wara’ telah bersumpah dan berjanji bahawa dia adalah ahli Umno yang totok.
Bukan rekaan atau fitnah, kalau kita search di internet mengenai itu, pasti kita akan terjumpa keratan akhbar yang melaporkan kata-kata Muhyiddin berkenaan.
Malahan lagi kata-kata Muhyiddin seorang yang totok Umno itu turut disambut lebih 300 penyokongnya dari Umno Johor yang berpusu-pusu mengiringi beliau beredar meninggalkan Menara Datuk Onn dengan laungan takbir “Allahuakbar” sambil memegang sepanduk tertera tulisan “Pejuang Melayu”.
Sekali lagi, jika tak percaya carilah keratan akhbar atau sumber yang sahih mengenainya. Pasti jumpa!
Namun, pada 25 Mac 2017 di Padang Rengas, Perak, Muhyiddin sekali lagi bersumpah dan berikrar bahawa dia tidak akan sesekali kembali semula ke pangkuan Umno walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak telah tiada.
“Saya jawab keputusan untuk tidak lagi berada dalam Umno adalah muktamad,” tegas Muhyiddin sambil disahut dengan sorakan ‘Hidup Tan Sri’ daripada hadirin penyokongnya sendiri.
Dan keputusan itu, katanya, tidak mengira apa jua tawaran untuk berbuat demikian.
Catatan ini adalah untuk rekod penyaksian bagaimana sifat seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang terpengaruh dengan hasutan dan totok kepada seorang individu bernama Mahathir Mohamad.
Jika dia perjuang sejati untuk agenda parti, mustahil dia akan melakukan sumpah sekali lagi untuk tidak menyertai Umno sampai bila-bila,
Jangan kita terkejut tidak lama lagi anak guru agama dari Johor ini akan termakan sumpahnya sendiri kerana dia telah ingkar kepada sumpah setia asalnya hanya dalam masa kira-kira 19 bulan.
Ingatlah, kekuatan Umno itu bukan semata-mata pada organisasi fizikalnya sahaja, namun Umno menjadi kuat kerana adanya bantuan dari Tentera Allah kepada parti itu.
Jika tidak masakan parti keramat itu tidak pernah kalah dalam mana-mana PRU selama ini. Maka ia menunjukkan betapa Allah membantu Umno dan mahu parti itu untuk terus berkuasa lagi.
Sekiranya ada pihak yang cuba untuk memakan sumpah kepada sebuah perkara yang diberi pertolongan oleh Allah, maka percayalah ‘azab Allah amatlah pedih’ seperti yang dijanjinya.
Cuma kita tidak tahu bagaimana cara azab itu akan dikenakan kepada pihak yang cuba mempermainkan sumpah taat setia itu. Sebab kuasa Allah ini amat besar dan luas.
Kita tunggu sajalah apa akan terjadi kepada pemimpin bernama Muhyiddin Mohd Yassin.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment