MELAYU WAJIB KENA BACA INI!!!! BEZA KERUSI WAKIL RAKYAT ISLAM DALAM BN DAN PH

Benar Pakatan Rakyat berjaya memenangi 89 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) sebelum ini, tetapi hanya 39 kerusi terbabit milik wakil rakyat beragama Islam.
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, bagi Barisan Nasional (BN), hanya 30 kerusi Parlimen milik bukan Islam dan selebihnya millik kaum Melayu.
“Melalui Pakatan Rakyat, 89 kerusi Parlimen berjaya dimenangi tetapi hanya 39 merupakan kerusi orang Islam dan selebihnya adalah kerusi bukan Islam. 30 kerusi BN merupakan milik bukan Islam dan selebihnya UMNO.
“Dalam usaha undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sekiranya 30 kerusi bukan Islam BN berpihak kepada undi tersebut, maka kerajaan BN akan tumbang dalam keadaan hanya 39 kerusi Islam dan selebihnya bukan Islam (112 jumlah kerusi minimum yang diperlukan untuk membentuk kerajaan di Pusat).
“PAS mengambil langkah pantas untuk memperbaiki keadaan dengan tidak menyokong usul undi tidak percaya tersebut bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar (ke atas umat Islam negara ini),” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.
Ahmad Amzad menjelaskan, kenyataan beliau itu antara intisari utama ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS DUN Alur Limbat baru-baru ini.
Kata beliau, Abdul Hadi turut mengingatkan kuasa politik Islam di Malaysia menjadi sangat lemah disebabkan pemerintahan lebih 20 tahun Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Menurut beliau, Presiden PAS turut menegaskan ketegangan perlu dielakkan supaya ruang perbincangan sentiasa terbuka untuk kepentingan politik Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana