MASA DEPAN KERAJAAN PKR SELANGOR DALAM TERUMBANG AMBING

Dewan Pemuda Pas Kuala Selangor meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR, sekali gus mencetuskan persoalan berapa lama hayat politik Kerajaan PKR Selangor yang ketika ini wujud atas sokongan Pas mampu bertahan.
Lebih memburukkan keadaan, Dewan Pemuda Pas Subang dan Pandan juga sudah memberikan bayangan ketetapan serupa akan diambil, seolah-olah mengesahkan lagi tanggapan pelbagai pihak bahawa kerjasama politik tersebut hampir pasti menemui jalan mati.
Malah, dijangkakan dalam konteks Selangor sendiri, lebih banyak Pas kawasan akan mengikut jejak Pas Kuala Selangor sebagai tindak balas ke atas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas Menteri Besar itu mengeluarkan kenyataan sinis yang disifatkan menghina Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Ketua Pemuda Pas Kuala Selangor, Ahmad Hakimi Othman berkata, keputusan memutuskan hubungan itu dibuat berdasarkan tiga perkara iaitu sikap sinis dan pengkhinatan PKR serta kegagalan Mohamed Azmin menyelesaikan masalah air sehingga turut memalitkan Pas.
“Tiga isu ini sebahagian bukti yang secara syariatnya, tahaluf siyasi pilihan raya bersama PKR perlu diputuskan. Ada pun keberadaan Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor di bawah peruntukan Undang Undang Tubuh Negeri yang berketuakan Sultan.
“Sekiranya Mohamed Azmin merasakan mampu memecat exco Pas, kita akan terima dan bergerak seperti biasa. Yang penting prinsip bersama Islam mesti dipegang. Kemenangan dan rahmat adalah pemberian Allah. Sekiranya yang dilakukan menepati syarat Allah, Kemenangan pasti dapat dikecapi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sehingga kini, tiga Pas kawasan sudah meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR iaitu Pas Tumpat, Permatang Pauh dan Bayan Baru. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana