MAHATHIR DAKWA NAZRI TAK RETI JAGA KAWASAN

Tun Dr Mahatir Mohamad dalam ceramah di Padang Rengas malam tadi menyindir Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak mampu menjaga kawasannya sendiri apatah lagi untuk memimpin negara.
Malah Pengerusi PPBM itu juga mendakwa pemimpin UMNO lain juga sama seperti Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam usaha dijatuhkannya.
“Saya datang sini nak lihat kawasan menteri tapi tak macam kawasan menteri langsung. Barangkali dia tumpu di kawasan lain.
“Kawasan sendiri pun tak jaga, macam mana nak jaga negara? Saya bekas Presiden UMNO dan sekarang sedang berusaha untuk kalahkan UMNO kerana saya lihat bukan Najib saja yang salah.
“Pemimpin lain dalam UMNO pun semacam juga perangainya,” katanya.
Beliau turut menyindir Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan itu yang tidak bercakap ketika bertemunya, petang semalam.
Katanya, Nazri bersungguh mahu berjumpanya sehingga sanggup menunggu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah.
“Saya gembira datang sini (Padang Rengas) kerana ini adalah kawasan Nazri (Mohamed Nazri). Dia bak ada debat dengan saya tapi parti, kerajaan tak sokong dia. Siapa pun tak sokong dia.
“Tidak mengapalah, kita berdebat di Shah Alam nanti tapi hari ini dia bersungguh nak jumpa dengan saya tetapi saya pun tidak tahu kenapa dia nak jumpa. Bila dah jumpa, dia tidak cakap apa pun,” katanya lagi.
Debat Tun Mahathir dan Nazri sepatutnya berlangsung Sabtu tetapi dijadual semula pada 7 April ini di Shah Alam setelah tidak mendapat kebenaran polis.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment