Lagi Timbul Issue Ini!!!!! Beg plastik: Ketelusan kutipan caj 20 sen dipersoal

Seorang ADUN Selangor hari ini membangkitkan soal ketelusan dalam kutipan caj 20 sen bagi penggunaan beg plastik yang dikenakan terhadap pengguna menerusi Kempen Bebas Plastik dan Polisterina di negeri ini.

Wakil rakyat Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim berkata, caj 20 sen yang dikenakan ketika ini membangkitkan keraguan rakyat ekoran kaedah penyaluran hasil kutipan itu masih 'samar'.

Katanya, apa yang dibimbangkan adalah hasrat murni kerajaan negeri yang mahu memelihara alam sekitar serta memupuk kesedaran awam, akan diputar belit oleh pihak tertentu.

"Soal ketelusan ini ada sedikit masalah, jadi saya mahu Exco atau kerajaan negeri kita kena kaji lebih mendalam.

"Kempen ini bagus, cuma penambahbaikan perlu dilakukan. Duit itu perlu dipulangkan kepada rakyat. Ini kerana kita peduli rakyat, bukan tindas rakyat," katanya ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Justeru beliau mencadangkan agar satu tabung khas diwujudkan di setiap premis perniagaan yang melaksanakan kempen berkenaan, di mana hasil kutipannya akan disalurkan kepada setiap DUN.

Caj 20 sen bagi setiap beg plastic ini dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu.

Ia menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang awam, dengan ramai daripadanya mempertikaikan pengurusan kutipan daripada caj 20 sen yang dikenakan terhadap setiap beg plastik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana