KUMPULAN BAIAH PALING DIGERUNI DAP, KATA ISMAIL

Kumpulan baiah amat digeruni pemimpin DAP kerana mereka memperjuangkan Islam dan Melayu berlandaskan sumpah kepada al-Quran dan sunnah.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, DAP menganggap baiah merupakan kumpulan paling berbahaya kepada parti yang memperjuangkan kesamarataan baik bangsa dan agama.
“Ahli-ahli kumpulan baiah ini apabila memperjuangkan Islam dan Melayu tidak berdasarkan mulut sahaja tapi bersumpah dengan al-Quran dan sunnah.
“DAP sendiri tak boleh terima hak Melayu dan Islam diletakkan lebih tinggi daripada agama lain,” katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO selepas merasmikan Pertubuhan Ahli-Ahli Baiah Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang mengulangi bantahan dan menghasut ahli Parlimen bukan Islam daripada parti komponen Barisan Nasional agar menghalang Rang Undang-undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dibentangkan di Parlimen.
Ismail Sabri berkata, kehadiran baiah juga tidak disenangi DAP kerana prinsip al-Quran dan al-Sunnah bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti itu.
“DAP sendiri tak boleh terima hak Melayu, tidak boleh terima Islam diletakkan lebih tinggi daripada agama lain. DAP sentiasa menentang keistimewaan orang Melayu dan Islam.
“Kalau boleh dia (DAP) nak menyamaratakan semua aspek dari segi kaum dan agama. Jadi tentulah perjuangan berbaiah ini bertentangan dengan perjuangan mereka,” tegasnya.
Katanya lagi, perjuangan kumpulan baiah berteraskan sumpah itu lebih konsisten berbanding parti lain yang boleh berubah-ubah mengikut keperluan semasa.
“Sedangkan mereka bersumpah menjunjung al-Quran untuk mempertahankan agama dan bangsa.
“Jadi mereka tidak boleh lari daripada perjuangan kerana perjuangan itu bersumpah dengan Allah,” katanya lagi.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment