KIT SIANG WAKIL RAKYAT YANG GAGAL...YANG MENGUNDINYA TU BANGGANG

Lim Kit Siang adalah seorang wakil rakyat yang gagal dan kerana sering berubah tempat dan kawasan untuk pilihan raya, ia memberi gambaran bahawa Lim tidak menjalankan amanah yang diberikan rakyat untuk berbakti kepada pengundi kawasan tersebut.
Lim juga dikatakan sebagai seorang wakil rakyat ‘bidan terjun’ kerana tidak pernah menetapkan kawasan mana yang harus ditandingi dan kegagalannya berkhidmat kepada rakyat yang memberi amanah kepadanya.
Benar seperti apa yang dikatakan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bahawa sejak dari dahulu pun Kit Siang hanya bertanding sepenggal di kawasan yang ditandingi kecuali Ipoh Timur selama dua penggal, beliau seperti calon bidan terjun bukan mahu berkhidmat pun. 
Sikapnya yang gemar berdolak-dalik juga terserlah dengan kegagalannya memberikan jawapan konkrit ketika ditanya mengenai hasratnya bertanding di kawasan lain pada pilihan raya akan datang. 
“Dia (Kit Siang) suka berdolak-dalik dan tidak berani pun memberi kepastian sama ada untuk kekal di Gelang Patah atau bertanding di tempat, malah pengundi di Gelang Patah sudah mula bosan dan mempertikaikan peranannya sebagai Ahli Parlimen yang gagal menjalankan tugas. 
Oleh kerana itu Kit Siang tidak berani untuk memberi jaminan akan kekal neranding di Gelang Patah kerana khuatir masyarakat Gelang Patah kini semakin mempertikaikan kewibawaannya menjadi Ahli Parlimen untuk mewakili rakyat.
Sebelum ini Kit Siang dikatakan berkemungkinan akan mencari kawasan baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya ke 14 (PRU 14) akan datang atas faktor strategik untuk kemenangan parti DAP.
Walaupun Parlimen Gelang Patah menjadi keutamaan, tetapi demi kemenangan parti maka beliau akan memikirkan untuk berpindah tempat.
Jadi ternyatalah bahawa beliau hanya memikirkan kemenangan dan bukannya memikirkan nasib pengundi yang telah memberi kemenangan kepadanya, malah nasib pengundi tidak pernah beliau pedulikan.
Diharapkan selepas ini para pengundi dapat menilai akan selayak manakah Kit Siang untuk menjadi wakil kepada dinegara ini, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana