KIT SIANG DAN DAP MENUNJUKKAN TANDA-TANDA PANIK

Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 14 Mac 2017

“Umno menuduh Mahathir sebagai tali barut saya sementara MCA/Gerakan menuduh saya menjadi boneka Mahathir – bolehkah mereka membuat keputusan mengenai siapa yang menjadi tali barut dan siapa yang menjadi boneka?” kata Lim Kit Siang dalam blognya hari ini.

Ini adalah ‘political doublespeak’ biasa Kit Siang. Modus operandi Kit Siang adalah untuk menuduh orang lain berbohong, memutarbelitkan fakta, membuat kenyataan mengelirukan, berkata perkara yang tidak logik, menghina kaum, dan sebagainya. Pendek kata, Kit Siang bertahan dengan menyerang dalam semangat bentuk pertahanan terbaik adalah dengan menyerang.

Kit Siang telah mempermudahkan hujah ini dengan berkata bahawa hanya seorang yang boleh menjadi boneka. Sama ada beliau adalah bonekanya atau pun Mahathir. Beliau dan Mahathir tidak boleh kedua-duanya menjadi boneka pada masa yang sama.

Hujah ini atau bentuk pertahanan ini mungkin berkesan pada orang tolol seperti Pakatun atau Dapster. Sebagai contoh, cybertrooper Red Bean Army (RBA) DAP mempunyai IQ yang rendah sehinggakan mereka akan menerima hujah-hujah itu. Mereka yang lebih pintar, bagaimanapun, akan tahu bahawa hujah ‘ia mestilah sama ada hitam atau putih dan tidak boleh menjadi kedua-duanya’ adalah salah kerana kita mempunyai sesuatu yang kelabu, yang merupakan campuran kedua-dua hitam dan putih.

Politik bukan hanya hitam dan putih. Politik adalah ‘50 shades of grey’. Jadi Kit Siang tidak boleh mengatakan ia perlu sama ada ini atau itu dan tidak boleh kedua-duanya pada masa yang sama. Ia boleh kedua-duanya pada masa yang sama apabila ia mengenai politik dan ‘50 shades of grey’. Pendek kata, anda boleh menyimpulkan semua ini ke dalam dua perkataan: Politik Machiavelli. Dan kedua-dua Kit Siang dan Mahathir adalah pakar dalam Politik Machiavelli.

Niccolo Machiavelli, dalam karyanya yang paling terkenal, The Prince, menolak bentuk politik yang ideal dan bermoral dan lebih menyukai bentuk yang nyata dan praktikal. Beliau berpegang kepada doktrin bahawa politik tidak ada kena mengena dengan moral, etika, dan nilai-nilai agama, dan bahawa ia tidak mampu memenuhi semua peraturan moral Judeo-Kristian. Dengan kata lain, seperti yang orang Melayu katakan, matlamat menghalalkan cara.

Hans F. Sennholz, bekas presiden Foundation for Economic Education, menyifatkan Politik Machiavelli seperti berikut:

Dalam jejak langkah Machiavelli, ramai ahli politik Amerika berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi dengan mana-mana kaedah yang dapat difikirkan. Mereka berbincang dan memujuk, dan jika ini tidak berkesan, mereka berpura-pura, menipu, dan menabur janji. Janji adalah sangat berguna, untuk menyelamat dan, apabila praktikal, untuk menghancurkan. Oleh kerana manusia dilihat dari segi penampilan, ahli politik kelihatan taat dan setia; tetapi, dalam teori politik, ia adalah lebih baik untuk menjadi pemenang bijak daripada orang taat yang rugi. Malah, ramai ahli politik Amerika adalah Machiavelli, menafikan kaitan moral dalam hal ehwal politik dan berpegang bahawa licik dan penipuan dibenarkan dalam mengejar dan mengekalkan kuasa politik.

Sekarang, gantikan ‘ramai ahli politik Amerika’ dalam teks di atas dengan ‘Mahathir dan Kit Siang’ dan anda akan mendapat gambarannya. Persoalan ‘jika Kit Siang menggunakan Mahathir maka Mahathir tidak boleh juga menggunakan Kit Siang’ adalah hujah yang lemah dan tidak boleh dipakai dalam kes Politik Machiavelli. Dan sesiapa yang bertanya soalan ini sama ada adalah bodoh atau memikirkan bahawa orang lain yang bodoh.







Semalam, Kit Siang berkata, “Jika UMNO tumbang pada PRU14, orang Melayu tidak akan menderita – sebaliknya, Kerajaan Persekutuan yang baru yang terdiri daripada parti-parti Pakatan Harapan termasuklah DAP, PKR dan Amanah dan juga Pribumi Bersatu akan bersaing dengan rekod 60 tahun UMNO untuk menunjukkan bahawa kami dapat berkhidmat lebih baik kepada orang Melayu dan semua rakyat Malaysia. ”

Ya, Kit Siang tahu bahawa orang Melayu akan menentukan sama ada Pakatan Harapan pimpinan DAP beliau dan Pribumi akan memegang Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang. Malah, mantra ini telah diucapkan oleh Lee Kuan Yew pada tahun 1965 apabila Perdana Menteri Singapura berkata, ‘Orang Melayu tidak akan menderita jika PAP mentadbir. Malah, orang Melayu akan makmur di bawah PAP.”

Kit Siang hanya mengulangi apa yang Kuan Yew katakan 52 tahun yang lalu.

Kit Siang berkata, “Semua ini adalah tidak benar. Pertama, jika UMNO kalah, Perdana Menteri akan terus menjadi seorang Melayu dan Islam kerana itu adalah realiti politik di Malaysia. ”

Kit Siang telah menjawab isu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan dan Pribumi membentuk kerajaan persekutuan yang baru. Tetapi isu ini tidak pernah dibangkitkan. Apa yang dibangkitkan adalah bahawa Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Dan Kit Siang mengelak untuk bercakap mengenai perkara ini dan tidak pernah berkata mengenai jawatan nombor dua tetapi beliau bercakap tentang siapa yang akan menjadi Perdana Menteri apabila ini tidak pernah menjadi isu kerana semua orang tahu Mahathir mahu Kit Siang untuk menyokong Mukhriz untuk Perdana Menteri.

Okay, jadi apakah yang Kit Siang maksudkan apabila beliau berkata ‘parti-parti Pakatan Harapan termasuklah DAP, PKR dan Amanah dan juga Pribumi Bersatu akan bersaing dengan rekod 60 tahun UMNO untuk menunjukkan bahawa kami dapat berkhidmat lebih baik kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia?

Adakah beliau mengatakan bahawa Perkara 153 akan dikekalkan dan tidak dikeluarkan daripada Perlembagaan Persekutuan Malaysia? Adakah beliau mengatakan bahawa undang-undang syariah akan dikekalkan dan mahkamah syariah akan terus menjadi setaraf dengan mahkamah undang-undang sekular atau sivil? Adakah beliau mengatakan bahawa Islam akan terus menjadi agama Persekutuan dan Bahasa Melayu bahasa kebangsaan Malaysia? Adakah beliau mengatakan bahawa Malaysia akan berubah menjadi negara sekular daripada status semasanya yang samar-samar itu? Kit Siang perlu memberi butiran apa yang beliau janjikan kepada orang Melayu kerana setakat ini beliau tidak memberi sebarang butiran dan apa yang penting adalah butiran tersebut.

Akhirnya, cybertrooper Red Bean Army DAP sedang mempertikaikan dakwaan bahawa Kit Siang adalah seorang diktator dengan berhujah bahawa Kit Siang, yang telah mempunyai hegemoni DAP selama 51 tahun, tidak boleh menjadi diktator kerana beliau tidak pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia atau mana-mana negara.

Sama ada orang-orang ini tidak memahami maksud diktator atau mereka cuba untuk, seperti yang orang Melayu katakan, menegakkan benang yang basah.

Definisi diktator menurut Cambridge Universiti adalah orang yang memberikan arahan dan berkelakuan seolah-olah mereka mempunyai kuasa sepenuhnya. Vocabulary.com berkata: diktator ialah orang yang mempunyai kuasa mutlak – atau yang sekurang-kurangnya bertindak seolah-olah seperti itu dengan mengarah orang lain di sekelilingnya. Collins English Dictionary mentakrifkan diktator sebagai seorang yang mengarah orang lain dengan angkuh, atau seorang yang keputusannya mengenai beberapa subjek diambil sebagai kata akhir.

Anda boleh menjadi presiden sebuah persatuan bola sepak atau pengerusi jawatankuasa masjid dan masih menjadi diktator. Dan anda boleh menjadi penasihat, presiden, pengerusi atau setiausaha agung parti politik dan masih menjadi diktator. Jadi, untuk berhujah bahawa oleh kerana Kit Siang bukanlah Perdana Menteri Malaysia dan oleh itu, tidak boleh menjadi diktator adalah hujah bodoh cybertrooper Red Bean Army DAP.

Apa-apa pun, sebelum Kit Siang berbangga bahawa ‘parti-parti Pakatan Harapan termasuklah DAP, PKR dan Amanah dan juga Pribumi Bersatu akan bersaing dengan UMNO’, beliau perlu menjelaskan satu perkara yang sangat penting.

Pendaftar Pertubuhan (RoS) masih tidak meluluskan pilihan raya dan AGM parti DAP pada Disember 2012. Pada pilihan raya umum 2013, calon-calon DAP pergi ke pusat penamaan calon dengan dua surat watikah, satu dengan kepala surat DAP dan satu lagi dengan kepala surat PAS.

DAP tahu bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin membatalkan kelayakan calon-calon DAP daripada bertanding di bawah panji-panji yang secara teknikalnya adalah parti yang tidak sah. Jadi, calon DAP membawa dua surat watikah dan sekiranya surat DAP itu tidak boleh digunakan maka calon-calon DAP akan bertanding di bawah tiket PAS.

Sehingga ke hari ini DAP masih belum menyelesaikan kesahihan pemilihan parti pada Disember 2012 atau kesahihan pilihan raya semula parti pada September 2013. DAP tahu bahawa perkara ini tidak akan berlalu dan ia boleh muncul kembali pada bila-bila masa. Jika, bagaimanapun, ia muncul semula selepas Parlimen dibubarkan, maka DAP tidak lagi wujud untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

DAP cuba untuk mengelakkan pemilihan parti baru kerana pemilihan parti baru juga sama tidak sah kerana pemilihan parti 2012 dan pemilihan semula 2013 kedua-duanya adalah tidak sah. Dan itulah sebabnya Anthony Loke mengumumkan bahawa DAP menangguhkan pemilihan parti sehingga selepas pilihan raya umum akan datang

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana