KIT SIANG AKAN BERTANDING DI KEDAH DALAM PRU14?PENGUNDI JANGAN JADI BODOH...LAH

Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi parlimen lain pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) sebagai strategi politik.
Pada masa sama Penasihat DAP itu berkata beliau juga mempertimbangkan kemungkinan bersara daripada dunia politik selepas lebih 51 tahun dalam arena tersebut.
“Semalam saya berada di Alor Star, Kedah dan pemimpin di sana ada mencadangkan supaya saya bertanding di Kedah.
“Kalau saya bertanding pada PRU-14, pilihan pertama saya ialah Gelang Patah tetapi sebab strategi parti cadangkan saya bertanding di kawasan lain, saya rela untuk timbangkannya,” katanya kepada pemberita di Johor Bahru hari ini.
Ditanya mengenai ada aduan beliau tidak pulang melawat kawasan parlimennya, Lim berkata beliau tidak pernah lari daripada tanggungjawabnya di kawasan Gelang Patah.
Pada PRU-13, Lim menewaskan bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman di kerusi Parlimen Gelang Patah dengan majoriti 14,762 undi.
Sebelum bertanding di Gelang Patah, Lim merupakan Anggota Parlimen Ipoh Timur sejak 2004.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana