Kes pertama…wartawan pula saman orang politik

Ini mungkin kes pertama di Malaysia.Kalau cerita pasal orang politik saman wartawan sudah biasa.

Memang Power ni....Lain pula ceritanya.

Seorang wartawan akhbar berbahasa Cina,Guang Ming Daily ,Ong Beng Siang fail saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng kerana dakwanya nak cemar dan jatuhkan kerajaan negeri itu.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi, Georgetown.

Ong,40 yang bertugas sebagai wartawan Guang Ming Daily selama 23 tahun kata beliau saman Guan Eng demi untuk jaga nama baiknya dan semua wartawan dikaca mata orangramai.

Ketua Menteri itu pada 20 Januari lalu menerusi laman facebooknya dakwa terdapat wartawan nak cemar imej Pulau Pinang dan jatuhkan kerajaan negeri pimpinanya guna laporan tidak berasas.

Ini berkaitan isu keputusan lembaga sekolah Chung Hwa memutuskan tidak mahu bina cawangan sekolah itu di sekeping tanah diberi kerajaan negeri.

Peguam yang mewakili Ong iaitu Baljit Singh kata dakwaan terhadap anak guamnya itu adalah sangat serius yang melibatkan wartawan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment