KDN beri lampu hijau debat antara Nazri - Dr Mahathir

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membenarkan majlis perdebatan antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dijadual diadakan di Kuala Kangsar, Perak, pada 25 Mac ini.
 
Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya sudah menerima permohonan daripada pihak penganjur untuk mendapatkan permit penganjuran.
 
"Sudah dibuat (permohonan) dan kita akan benarkan. Malah, saya juga menyokong," katanya kepada pemberita pada perasmian Majlis Sambutan Hari Penjara ke-227 dan Hari Antidadah Kebangsaan 2017 di Kluang Sabtu.
 
Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Penjara Simpang Renggam.
 
Debat yang dijadual diadakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar itu hebat diperkatakan akhir-akhir ini kerana akan menyentuh isu berbangkit dalam negara antaranya skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).
 
Mohamed Nazri, yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas, dilaporkan sudah mengesahkan penyertaan dalam perdebatan itu dan menjamin ia akan berlangsung dalam suasana aman dan harmoni.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana