“KAU DAH SAPU BERPULUH BILION, KAU NAK TUNJUK SUCI” FACEBOOKER HINA SULTAN JOHOR?

SEORANG pemilik akaun facebook pro Mahathir berkelakuan melampau menurut netizen kerana telah memuatnaik sebuah status yang dipercayai menghina DYMM Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Status berkenaan yang dimuatnaik pada 22 Mac 2017 jam 10.47 malam berkenaan dikatakan merujuk kepada tindakan Sultan Ibrahim ‘menghadiahkan’ rakyat negeri baginda dengan Projek Rumah Impian Sultan Ibrahim yang merupakan perumahan mampu milik dengan harga yang amat rendah kepada rakyat.
Pemilik akaun facebook bernama Fharid Bin Ismail itu menulis “Kau dah sapu projek berpuluh bilion, kemudian kau nak tunjuk suci buat rumah untuk Rakyat & sesuka hati nak halau orang?”
Manakala perkataan “sesuka hati nak halau orang?” itu pula kata netizen adalah merujuk kepada ketegasan Sultan Ibrahim yang enggan membenarkan pemimpin parti politik untuk masuk ke Johor dengan tujuan menghasut dan menyebarkan cerita karut kepada rakyat.
Pemimpin politik yang dimaksudkan Sultan Ibrahim itu pula dipercayai idola kepada pemilik akaun facebook Fharid Bin Ismail iaitu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir Mohamad dan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kalau saya nak sembunyi nak menipu rakyat saya, buat apa yang pergi letak papan tanda hak milik kekal kat situ. Guna kepala otak lah. Bergambar ramai-ramai kat situ.” titah baginda

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana