Kalau sampai tahap itu baik berhenti…Buang Guru Seperti Ini

"Saya ini pun bukanlah ganas sangat. Kalau boleh saya tak mahulah sampai perlu mengambil tindakan. Kita lebih utamakan 'engagement' sekiranya mereka mahu mendengar."

Itu kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika beritahu lima guru yang naik pentas politik pembangkang hentam kerajaan telah diberi tunjuk sebab.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur beliau berkata dalam sebuah negara demokrasi tiada masalah sesiapa mau sokong sesiapa.

“Tetapi yang masalah adalah dia sebagai penjawat awam naik ke pentas pembangkang dan keluarkan ucapan menghentam kerajaan, sedangkan dia adalah penjawat awam.

"Kalau sampai ke tahap itu, itulah yang saya maksudkan baik dia berhentilah daripada menjadi guru,"katanya.

Beliau berkata semua guru sebagai kakitangan kerajaan tertakluk kepada Perintah-perintah Am dalam perkhidmatan awam dan hal ini berkait dengan salah laku sebagai penjawat awam.
Mahdzir berkata di pihak kementerian, pendekatan yang akan diambil adalah dengan memberi nasihat kepada guru yang terlibat.

Ahad semalam. Mahdzir berkata hanya sebilangan kecil daripada 435,000 guru di seluruh negara yang dikesan terlibat secara aktif dengan pembangkang dan pihaknya sedang memantau perkara tersebut.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment