Kalau hati tu ikhlas .... putuskan je .....

Sana benci sini sayang. Nak ceraikan tapi masih sayang. Tak ceraikan tapi sakit hati sebab dia sayangkan orang lain.
Itulah dilema PAS terhadap PKR. Sayang dan benci masih lagi menghantui PAS terhadap kekasihnya PKR. Hati masih mahu bekerjasama dengan PKR tetapi hati marah kerana PKR masih bekerjasama dengan DAP sedangkan PAS cukup benci dengan DAP pada hari ini.
Kekuatan diri semakin lemah akibat perpecahan di mana sebahagian kekuatannya sudah mengikut Mat Sabu. Dengan kekuatan yang ada hari ini menimbulkan rasa cuak dihati. Nak harapkan IKATAN yang cuma parti nyamuk tidak menjamin untuk menambah kekuatan.
Dengan parti kuali atau kayu dalam bahasa Cina sudah berputus arang, Begitu juga dengan parti roket yang bersandiwara untuk dapatkan undi Melayu bagi mecapai cita2 mahu menjadi tuan besar di tanah milik Melayu juga sudah 'dicerai talak 3'. Dengan parti bunga juga sudah diceraikan kerana parti bunga hanya kokok sahaja besar.
Walaupun benci tetapi masih lagi mengharap kasih dengan PKR. Mungkin sangat menghargai jasa PKR memberikan jawatan exco yang orang lain tak berapa mahu jawatan tersebut. Mungkin dapat jadi exco yang hanya diberi tugas merasmikan jamban di tanah perkuburan bukan Islam sudah terlalu besar rasanya ehsan PKR terhadap PAS. Mereka lupa yang sebenarnya mereka dihina tanpa disedari.
Jika mereka rasa parti mereka bermaruah dan punya kekuatan sendiri sudah tentu PKR akan diceraikan sepertimana mereka menceraikan PAN, DAP dan Bersatu. Oleh kerana mereka tidak yakin dengan kekuatan sendiri serta tidak menyedari maruahnya sudah diinjak2 maka kasih sayang PKR masih terus ditagih sedangkan akar umbi mahu diceraikan PKR seperti rakan2 yang lain. Mungkin juga mereka sudah tidak berapa berani bersendirian seperti dahulu kerana sudah agak lama bersama kekasih2nya yang sama tujuan iaitu menumbangkan BN.
Bersama PKR tetap akan dicantas dengan PAN, DAP dan Bersatu. Tidak bersama PKR pun akan tetap dicantas apabila berlaku pertembungan 3 penjuru. Kebarangkalian untuk menang amat tipis dalam pertandingan 3 penjuru dengan BN. UMNO punya kekuatan diri yang tak berbelah bagi. Mereka pula sudah berpecah belah mengecilkan sokongan yang akhirnya semua akan rebah. BN/UMNO hanya tersenyum2 melihat seteru2nya rebah berkelahi sesama sendiri.
Akhirnya nasib mereka seperti 'yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran'.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana