Jom Kita Dengar Dan Baca Ini!!!!! PAS dedah perbezaan kerusi bukan Islam antara Pakatan dan BN

Daripada 89 kerusi Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat hanya 30 kerusi milik orang Islam termasuk kerusi Parlimen yang dimenangi PAS dedah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim.

Menurut beliau berbnding Barisan Nasional (BN), hanya 30 kerusi Parlimen milik bukan Islam dan selebihnya miliki kaum Bumiputera/Islam.

“Melalui Pakatan Rakyat, 89 kerusi Parlimen berjaya dimenangi tetapi hanya 39 merupakan kerusi orang Islam dan selebihnya adalah kerusi bukan Islam. 30 kerusi BN merupakan milik bukan Islam dan selebihnya UMNO.

“Dalam usaha undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sekiranya 30 kerusi bukan Islam BN berpihak kepada undi tersebut, maka kerajaan BN akan tumbang dalam keadaan hanya 39 kerusi Islam dan selebihnya bukan Islam (112 jumlah kerusi minimum yang diperlukan untuk membentuk kerajaan di Pusat).

“PAS mengambil langkah pantas untuk memperbaiki keadaan dengan tidak menyokong usul undi tidak percaya tersebut bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar (ke atas umat Islam negara ini),” katanya dalam satu kenyataan media Sabtu.

Untuk rekod, setelah PAS disingkirkan dari Pakatan Rakyat, PAS yang mempunyai 28 kerusi Parlimen hilang tujuh selepas beberapa orang dari mereka membentuk Parti Amanah Nasional (PAN).

Ahmad Amzad menjelaskan, kenyataan beliau itu antara intisari utama ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS DUN Alur Limbat baru-baru ini.

Kata beliau, Abdul Hadi turut mengingatkan kuasa politik Islam di Malaysia menjadi sangat lemah disebabkan pemerintahan lebih 20 tahun Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Menurut beliau, Presiden PAS turut menegaskan ketegangan perlu dielakkan supaya ruang perbincangan sentiasa terbuka untuk kepentingan politik Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana