Jeng...JEng!!!! PAS Bukit Mertajam kawasan ke-9 lulus usul putus hubungan dengan PKR

PAS Bukit Mertajam hari ini turut mengikut jejak beberapa kawasan lain dengan meluluskan usul memutuskan hubungan politik atau tahaluf siyasi dengan PKR di negeri ini.
 
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat agung tahunannya pagi ini yang turut dihadiri Yang Dipertuanya, Mohd Yusni Mat Piah, lapor Utusan Online.
 
Keputusan itu menjadikan PAS Bukit Mertajam sebagai kawasan kesembilan yang sebulat suara meluluskan usul berkenaan. 
 
Sebelum ini, antara kawasan PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan politik dengan PKR adalah Nibong Tebal; Permatang Pauh; Bayan Baru dan Bukit Bendera.
 
Turut berbuat demikian adalah PAS Kawasan Balik Pulau; Jelutong; Kepala Batas; Tasek Gelugor dan Bukit Mertajam.
 
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali baru-baru ini berkata, partinya menyerahkan keputusan muktamad kepada pucuk pimpinan PAS bersabit tindakan beberapa PAS kawasan yang membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan partinya. 
 
Azmin berkata, sungguhpun begitu, partinya  menganggap hubungan dengan PAS masih seperti biasa kerana mereka tidak pernah memutuskan hubungan dengan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment